Jepun Lantik Menteri Kesunyian Bagi Mengatasi Masalah ‘Hikomori’

Share

Di negeri matahari terbit ini, kadar bunuh diri pada tahun 2020 telah meningkat dengan mendadak berbanding sebelas tahun lalu. Bahkan kes kematian akibat bunuh diri pada tahun lalu lebih tinggi dari kes kematian yang disebabkan oleh virus Covid-19.

Tetsushi Sakamoto telah dilantik oleh Perdana Menteri pada awal bulan ini bagi mengatasi masalah kes bunuh diri yang semakin meruncing. Antara portfolio yang harus digalas oleh Sakamoto adalah mengurangkan kesunyian dan juga pengasingan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini Sakamoto telah memegang tugas untuk mengatasi masalah kelahiran yang rendah.

Kesunyian telah lama menjadi masalah di Jepun sehinggakan ada terma khas untuk masalah ini yang degelar sebagai ’hikikomori’, atau orang yang hidup dalam pengasingan sosial yang melampau. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Sesetengah pihak telah berusaha untuk membuat penyelesaian yang luas untuk masalah ini termasuklah ada sekumpulan jurutera yang membina robot untuk memegang tangan seseorang apabila mereka berasa kesunyian dan ada juga individu yang membayar orang untuk tidak melakukan apa-apa selain menemani mereka.

Sumber: tribuneindia.com

Published by
Fiezreen