Setelah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus.
Terbaru, pihak berkuasa Jepun terpaksa memotong lebih 100 ribu bunga tulip yang sedang mekar bagi mengelakkan orang ramai berkumpul beramai-ramai dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Malah, pihak berkuasa Jepun turut membatalkan festival bunga tulip tahunan di ladang Sakura Furusato Hiroba.
“Ramai pengunjung datang pada hujung minggu ketika bunga-bunga ini sedang mekar. Ini akan menyebabkan perhimpunan besar-besaran sehingga kami tidak punya pilihan selain membuat keputusan untuk memotong bunga,” kata Sakiho Kusano, pegawai pelancongan bandar.
Bunga tulip yang biasanya menghiasi ladang seluas 7,000 meter persegi itu kini dilaporkan telah musnah dan hanya tinggal daun warna hijau sahaja, malah ada kawasan yang kelihatan seakan lumpur kosong yang tidak mempunyai apa-apa.
Difahamkan, bunga-bunga tulip yang dipotong akan disalurkan ke pusat jagaan kanak-kanak.
Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan perintah darurat di beberapa lokasi termasuk Tokyo berikutan peningkatan penularan wabak COVID-19.
Perintah darurat itu membabitkan tujuh wilayah iaitu Tokyo, Chia, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka. Dijangkakan perintah kuarantin ini akan dilaksanakan selama sebulan.
Setakat hari ini, kes positif COVID-19 di Jepun telah mencecah lebih 12 ribu orang diikuti dengan 328 kadar kematian. Manakala kes sembuh pula sudah mencapai 2,408 orang.
Tak apa la korbankan bunga ni untuk mengurangkan penyebaran pandemik Covid-19 ni.
Sumber: Reuters