Jerawat! Ia masalah yang agak merisaukan di kalangan remaja kerana pada usia ini kulit wajah akan mula menampakkan masalah. Apabila semakin banyak jerawat memenuhkan wajah, ketika itulah rasa risau meningkat mendadak.
Baca perkongsian artikel dari page The Diagnosa Original mengenai jerawat muka atau disebut sebagai Acne Vulgaris yang ditulis oleh Dr Latif Saad.
Jerawat Muka dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Acne Vulgaris. Ia merupakan salah satu mimpi ngeri terutamanya bagi mereka yang bergelar remaja. Bahkan masalah inilah yang selalu berlaku dikalangan remaja.
Setelah seseorang itu mencapai akil baligh, maka badan mengalami perubahan yang ketara terutamanya bagi organ reproduktif. Perkara lain yang menjadi perubahan pada badan adalah jerawat yang lebih mudah terbentuk hingga meninggalkan parut di bahagian muka.
Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan seseorang remaja tersebut.
Apakah masalah jerawat muka?
Seperti yang dikatakan diatas, jerawat iaitu Acne vulgaris merupakan salah satu masalah kulit yang kerap berlaku dikalangan remaja. Perkara ini berlaku disebabkan sumbatan pada liang roma kulit. Ini akan menyebabkan sebum yang dihasilkan daripada liang tersebut terkumpul di dalam kawasan yang tersumbat.
Liang yang tersumbat ini juga akan memudahkan lagi jangkitan kuman berlaku. Ini akan menyebabkan terbentuknya nanah dikawasan jerawat yang terlibat.
Perkara ini selalunya berlaku dikawasan badan yang mempunyai kalenjar sebum yang banyak seperti di muka, bahagian belakang badan dan juga bahagian atas dada.
Apakah punca kepada masalah jerawat di muka?
Banyak faktor dan punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca tersebut adalah:
Genetik sangat memainkan peranan yang penting kerana ada sesetengah individu yang sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Ia akan menyebabkan kalenjar sebum menghasilkan sebum dengan lebih banyak terutamanya ketika seseorang itu mencapai akil baligh.
Kemudian bakteria Propionibacterium acnes pula akan berperanan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat muka ini berlaku.
Apakah jenis jerawat yang ada?
Dua jenis jerawat yang perlu diketahui adalah:
Apakah yang akan berlaku pada mereka yang menghadapi jerawat muka?
Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini selalunya akan baik dengan sendirinya ketika mereka menjejak dewasa.
Jerawat yang teruk dan tidak terkawal pula boleh menyebabkan penampilan seseorang itu tidak baik. Ini boleh memberi kesan kepada psikososial dan juga metnal mereka kerana rupa paras fizikal yang tidak elok.
Malah masalah ini juga akan menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri dan tidak yakin apabila berhadapan dengan orang lain.
Apakah simptom mereka yang mengalami masalah jerawat?
Terdapat beberapa simptom yang boleh dialami oleh pesakit. Ianya adalah
Mereka yang mempunyai komedo sahaja selalunya tidak akan berjumpa dengan doktor. Tetapi jika ia mempunyai komplikasi seperti bernanah ataupun bernodul, barulah pesakit tersebut selalunya akan berjumpa dengan perawat kesihatan
Apakah penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama?
Terdapat beberapa penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama. Ia adalah:
Apakah ujian yang dibuat untuk mengesahkan masalah jerawat ini?
Masalah jerawat tidak memerlukan ujian khas untuk mengesan masalah ini. Cukup dengan pemeriksaan fizikal sahaja dapat mengetahui masalah tersebut.
Tetapi jika masalah ini juga mempunyai simptom yang lain sebagai contoh bulu yang tumbuh secara lebat pada sesorang perempuan, maka penyiasatan yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengesan punca kepada masalah tersebut. Mereka yang mengalami masalah ‘Polycystic Ovarian Syndrome‘ selalunya mempunyai simptom ini.
Apakah rawatan untuk masalah jerawat ini?
Pesakit yang tidak mengalami masalah jerawat yang teruk selalunya tidak akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Ia disebabkan masalah tersebut kebanyakannya boleh sembuh dengan sendirinya.