Jerawat Muncul ‘Last Minute’? Ikut Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Jerawat Degil Secepat Mungkin!

Share

Baru sahaja nak mulakan hari dengan ceria, mood terus spoil bila berdepan dengan bayangan diri dalam cermin. Semuanya gara-gara muncul jerawat di wajah!

Kalau diikutkan, siapa je yang inginkan kehadiran jerawat secara tiba-tiba? Tambahan pula apabila kamu perlu berdepan hari yang penting, tentunya sesiapa pun ingin tampil sehabis baik demi impresi pandang pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Ini Kongsi Dapatkan Rawatan Kulit ‘Breakout’ & Berjerawat Di Klinik Kerajaan, Kos Hanya RM1

Usah khawatir, kerana dengan mengikuti beberapa langkah mudah ini dapat menghilangkan isu jerawat degil di muka anda!

  1. Cuci Muka Selama 60 Saat

Mencuci muka adalah perkara penting yang perlu dilakukan untuk mendapatkan wajah yang bersih dan cerah. Melakukan double cleansing atau melakukan pembersihan wajah dengan sabun pencuci muka diyakini membantu untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat.

Namun, baru-baru ini muncul teknik baru untuk mencuci muka yang dikenal sebagai 60 seconds rule. Teknik ini muncul dan diperkenalkan oleh pakar estetika, Nayamka Robert-Smith.

Menurut Nayamka, mencuci muka selama 1 minit dapat membantu kandungan pada sabun pencuci muka untuk bekerja dengan lebih baik. Melakukan 60 seconds rule ini turut membantu untuk memaksimalkan proses mencuci muka dalam membantu melembutkan kulit wajah dan membersihkan pori-pori wajah.

2. Tukar Sarung Bantal Dengan Kerap

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan wajah agar bebas daripada jerawat adalah penjagaan kebersihan di sekeliling. Sedar atau tidak, tempat paling lama kita berada pada setiap hari adalah di katil sendiri sewaktu tidur.

Oleh itu, jagalah kebersihan pada permukaan katil bermula dengan menukar sarung bantal baharu sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sarung bantal adalah lokasi di mana kotoran, minyak, peluh dan rambut melekat lalu membentuk tempat pembiakan bakteria yang merbahaya pada kulit wajah. Jangan malas untuk menukar sarung bantal tau!

3. Jaga Pemakanan Harian

Benar kata orang, you are what you eat! Kesan pengambilan makanan sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh setiap orang memberi reaksi ke atasnya.

Ada pantang-larang yang perlu dipatuhi memandangkan ada jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda dengan kehadiran jerawat-jerawat degil.

Elakkan makanan berlemak dan bergoreng memandangkan karbohidrat serta lemak akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah. Glukosa berlebihan seperti yang diketahui ramai boleh meransangkan kehadiran jerawat.

Amalkan pengambilan makanan seimbang daripada sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari.

4. Manfaatkan Ketulan Ais

Siapa sangka, bahan paling mudah yang boleh kamu gunakan untuk menghilangkan jerawat ada di dalam peti ais rumah masing-masing.

Iya! Ais boleh menenangkan jerawat yang menyakitkan dengan begitu pantas. Caranya? Balut beberapa ketulan ais di dalam kain nipis. Kemudian, tekan secara perlahan pada kawasan jerawat yang meradang selama tiga ke empat minit hingga bengkak jerawat berkurangan.

5. Produk Penjagaan Kulit Harus Diutamakan

Produk penjagaan kulit yang baik boleh membantu meningkatkan penampilan dan tekstur kulit anda pada bila-bila masa, terutama sekiranya anda sedang melawan jerawat.

Namun, lambakan jenama produk penjagaan kulit di farmasi kini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa anda tidak dapat membuat keputusan yang bijak dalam memilih produk yang bagus untuk merawat jerawat anda.

Jangan risau, dengan adanya OXY Acne Control Starter Kit, ianya mampu menghilangkan masalah jerawat yang kian membelungi diri anda! Set yang lengkap dengan tiga produk berkualiti tinggi ini mampu melakukan banyak perkara, seperti;

  • Menanggalkan sel kulit mati yang mungkin menyumbat pori
  • Asid Amino menyediakan pencucian lembut tanpa sabun untuk menghilangkan kotoran, minyak dan kekotoran
  • Mengandungi 5 Alpha-Avocuta, diekstrak daripada avokado, untuk membantu mengurangkan minyak berlebihan dan mengawal kilauan
  • Ekstrak Centella Asiatica ketulenan tinggi meredakan kemerahan dan mencerahkan kesan jerawat.

Kalau korang masih newbie dalam dunia skincare ini lagilah patut gunakan set penjagaan kulit dari OXY ini sebab semuanya sudah lengkap! Jom ikut langkah mudah di bawah!

LANGKAH 1

Bersihkan muka dengan Deep Cleansing Wash. Pastikan anda cuci muka selamat 60 saat tau! Ikut tips yang diberitahu sebelum ini, barulah kulit bersih dan sihat!

LANGKAH 2

Sapukan Acne Control Toner pada muka untuk menambah kelembapan kulit selepas pembersihan.

LANGKAH 3

Lembapkan dengan Acne Control Moisturizer untuk mengawal minyak dan mengekalkan kulit lembut dan terhidrat.

Haaaaa…mudah kan? Tiada lagi alasan bagi anda untuk hilangkan masalah jerawat terutama dengan adanya produk berkualiti seperti OXY Acne Control Starter Kit. Dapatkannya di farmasi berdekatan secepat mungkin okay!

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: OXY, PIXEL

 

Published by
Adriana Syaurah