Jersi Lagenda Michael Jordan #23 Cari ‘Pemilik Baru’, Dilelong Dengan Lebih RM22 Juta!

Share

Setiap orang  ada cara tersendiri dan punyai minat yang berbeza-beza. Kalau peminat bunga bercakap-cakap dengan pokok meminta agar pokoknya berbunga, lain halnya dengan peminat tegar keranjang ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Masjid Is Open! Gelagat Pemain Bola Keranjang US Berlari Kegembiraan Ke Masjid Tular

Siapa tak kenal dengan legenda bola keranjang Michael Jordan, terbar jersi yang dipakai Michael Jordan ketika meraih kejuaraan terakhirnya selepas beraksi pada Permainan 1 Pusingan Akhir NBA 1998, akan dilelong pada September depan.

Menariknya, jersi tersebut akan dilelong pada harga anggaran AS$3 juta (RM13.32 juta) dan AS$5 juta (RM22.20 juta).

Jersi merah Chicago Bulls yang ikonik, dengan nombor 23 dan nama Jordan di belakang, baru dua kali dipakai bintang itu ketika enam kejuaraannya.

Menurut Sotheby’s, walaupun Jordan menyumbangkan satu jersi kepada Muzium Nasional Smithsonian untuk Sejarah dan Kebudayaan Afrika-Amerika , namun kebanyakan jersi NBA Finals milik Jordan kekal milik persendirian.

Aksi bersama Chicago Bulls merupakan zaman kegemilangan Jordan sepanjang bergelar pemain bola keranjang profesional. – CGTN

Jersi itu mula-mula akan dipamerkan secara terbuka di Monterey, California sebelum dihantar ke New York, di mana peminat juga berpeluang melihatnya semasa lelongan secara dalam talian yang berlangsung bermula antara 6 hingga 14 September.

Walaupun anggaran Sotheby’s adalah lebih rendah daripada rekod yang dicatatkan pada Mei untuk memorabilia sukan paling mahal yang pernah dijual – AS$9.3 juta (RM41.30 juta) untuk jersi ‘Hand of God’ bintang bola sepak Diego Maradona, ia akan menjadi harga tertinggi untuk salah satu artifak Jordan.

Boleh tahan harga dia…huhu

ARTIKEL BERKAITAN : Peniaga Boleh Didenda Jika Jual Snek Tanpa Label Bahasa Melayu/Inggeris – REMAJA

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana