Pelakon kacak Korea yang menjadi pujaan ramai, Ji Chang Wook dilaporkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Menurut sumber daripada agensinya, Glorious Entertainment melaporkan kepada SPO TV News, Ji Chang Wook telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.
Ji Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama siri untuk Netflix yang bertajuk The Sound of Magic yang turut dibintangi oleh Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Menurut JTBC News, semua team produksi dan barisan pelakon akan menjalani ujian swab dan penggambaran terpaksa diberhentikan seketika.
Semoga Ji Chang Wook kembali pulih seperti biasa dan tidak ada individu lain yang berjangkit dengannya.
Get well soon Chang Wook!
Sumber: (1)
Lelaki Ini Dedah Jadi Mangsa Pukau Di Instagram & Diugut Dengan Video Bogel
Isi Kandungan
ToggleJenayah pukau di laman sosial? Mungkin ada yang tak percaya dan menganggap ia hanyalah satu gurauan atau mungkin sengaja mahu mencari perhatian.
Namun begitu, korang tak sepatutnya pandang remeh tentang isu seperti ini kerana dalam masa yang sama, kita tetap perlu berhati-hati supaya perkara macam ni tidak terjadi pada diri sendiri.
Apa yang berlaku pada kawan AymanAmran ini perlu dijadikan teladan kerana tak sangka dengan niat hanya nak berkawan, sahabat dia ditipu dan diugut untuk transfer wang sebanyak RM1,000, kalau tak, video ‘panas’nya akan disebarkan.
Kisah selanjutnya ada di thread berikut.
Cerita dia macam ni
Dia minta nombor telefon dan …
Record video bogel
Ni dia bagi link dan peras ugut member kawan tu, link tu memang betul-betul dia dalam video tu
Then, mamat tu sampai berani call tapi dia tak angkat
REPORT!
Selagi tak kena dekat diri sendiri, boleh la kita cakap macam-macam kan. So, jalan terbaik adalah korang perlu extra careful dan jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali di media sosial.
4 Tip Kalau Tak Nak Mata Rosak,Tread Doktor Ini Untuk Korang Yang Pakai Kanta Lekap
Kanta lekap mungkin kelihatan mudah pakai dan glamor.
Tetapi salah langkah, boleh buat mata sakit atau kurang daya penglihatan tau. Kajian yang ditunjukkan baru-baru ini memang menggusarkan kami di REMAJA. Semakin ramai pemakai kanta lekap remaja yang mengalami masalah penglihatan akibat kesalahan yang mereka lakukan semasa pemakaian.
Seorang pengguna twitter yang juga merupakan seorang doktor atas nama Dr. Aen telah berkongsi tip dan bahaya jika tidak menjaga kebersihan, pengunaan kanta lekap ini. Perkongsiannya ternyata membuatkan ramai pengguna contact lens khususnya bertanya secara terus dan mendapat perkongsian yang berguna dari Dr Aen ini.
“Perlu ke saya cuci contact lens saya?”
Perlu. Kenapa? Jom, saya ceritakan kenapa pentingnya penjagaan contact lens!
— Dr. Aen (@aensaari) September 24, 2019
Tip & Langkah-langkah penjagaan kanta lekap yang betul!
1. Pastikan anda beli contact lens di tempat yang sepatutnya. Kedai optometry. Contact lens yang dijual dah dapat kelulusan. Jadi tak perlu ragui proses pembuatannya
2. Beli multipurpose solution instead of saline solution. Multipurpose solution boleh digunakan sehingga tiga bulan. Selepas tiga bulan, sila buang lebihan untuk elakkan jangkitan kuman pada mata anda.
3. Amalkan langkah 3 kali cuci. Cuci sebelum pakai. Cuci selepas pakai. Cuci bekas contact lens sebelum simpan. Ini untuk kurangkan risiko terkena jangkitan mata.
4. Pakai contact lens mengikut tempoh yang ditetapkan. Contoh sehari kebanyakan lens boleh guna 8-12 jam sehari. Tetapi perlu mengikut kondisi mata anda. Kalau 6 jam pakai dah rasa kering, itu mungkin limit anda….
… bila beli yang pakai bulanan 1-3 bulan tu. Selepas pakai kena discard tak kisah kalau anda pakai dua tiga kali je dalam masa sebulan. Kalau tempoh sebulan, anda pakai 2 minggu dah sakit mata, then discard. Jangan gadaikan mata.
Kalau ada reaction apa nak buat? Makanya sila jumpa pakar mata yang terdekat. Jangan memandai cari alternatif yang anda tak tahu keberkesanannya secara klinikal. Jumpa doktor kerajaan, murah je.
Baguskan perkongsian doktor ni, Harap dapat beri manfaat buat korang semua. Paling penting, pemakai wajib menjaga displin ketika memakai kanta lekap. Kalau memang sejenis pemalas (hehe), korang tak digalakkanlah.
Sekian itu sahaja untuk hari ini. Semoga bermanfaat!
Sumber : Twitter Dr Aen
“Biar Semua Orang Dapat Guna”, Fazura Dedah Rahsia Jual Tudung Mampu Milik
Seperti yang ramai sedia maklum, perubahan imej Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura tampak lebih manis sekarang selepas imejnya berhijab. Fasa kehidupan terbaru Fazura itu membiakkan aura positif di media sosial, malah isteri kepada Fatah Amin ini giat memulakan perniagaan tudung.
Tudung jenama Fazura itu laris terjual dalam beberapa jam sahaja dan mendapat respon yang baik daripada warganet kerana harganya yang murah serta mampu milik.
Yang menariknya, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @seposenYS telah memuat naik kembali sedikit potongan video jawapan Fazura ketika IG live bersama seorang influencer media sosial, Viviana Abdullah. Mengapa dia menjual tudung dengan harga yang murah.
Suka jawapan fazura jawab kenapa dia jual tudung murah pic.twitter.com/bUvblh240Q
— SEPOSEN (@seposenYS) August 3, 2021
Menurutnya, tindakan menjual dengan harga murah adalah untuk memastikan ramai yang mampu membeli tudung tersebut dan ramai wanita muslim dapat memakainya.
Dia sendiri mengakui jika membeli tudung lebih dari harga RM50 pasti akan terfikir-fikir dan menganggap harga RM27 sangat sesuai dan pasti ramai yang mampu untuk membelinya.
Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas mtlamat utama Fazura
Sementara itu jom kita lihat OOTD Fazura yang kini manis berhijab.
Manis betul penampilan Fazura ni, bertuah Fatima ada mommy cantik.
Sumber: Instagram Nur Fazura, Viviana Abdullah, Twitter @SeposenYS