OH NO! Nampaknya ada berita sedih untuk penonton setia Running Man.
Baru-baru ini, rancangan realiti program SBS, Running Man mengumumkan bahawa rancangan mereka akan berlangsung tanpa kehadiran Ji Suk Jin buat sementara waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 6 Tahun Hiburkan Penonton, Jeon So Min Umum Tinggalkan Running Man
Pada hari Isnin yang lepas, agensi Ji Suk Jin, ESteem Entertainment, mengumumkan bahwa pelawak berusia 57 tahun tersebut akan berehat dari Running Man untuk beberapa minggu dek kerana isu kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan baru-baru ini, Ji Suk Jin memutuskan untuk berehat sementara dari program SBS ‘Running Man’. Sesuai dengan saranan doktor, beliau memerlukan perawatan khusus,” jelas agensi tersebut seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Soompi.
“Dia akan berehat buat sementara waktu untuk kembali pulih dan akan berusaha melakukan yang terbaik untuk kembali sihat secepat yang mungkin. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang selalu diberikan kepada Ji Suk Jin,” lanjut agensi.
Pengumuman dari ESteem Entertainment tersebut turut diperjelaskan oleh pihak produksi Running Man.
Rancangan realiti program yang telah bersiaran sejak tahun 2010 tersebut mengumumkan bahawa Ji Suk Jin tidak akan mengambil bahagian dalam beberapa episod akan datang.
View this post on Instagram
“Suk Jin, yang memiliki peranan besar sebagai anggota tertua Running Man, baru-baru ini menyedari bahawa dia perlu berekat dek kerana isu kesihatannya. Oleh sebab itu, dia akan kembali ke Running Man setelah beristirehat sepenuhnya,” kata pihak Running Man.
Buat makluman, Ji Suk Jin adalah salah satu anggota Running Man, yang telah menghiburkan penonton sejak episod pertama rancangan tersebut pada tahun 2010.
Selain Suk Jin, ahli asal Running Man yang masih bertahan hingga saat ini adalah Yoo Jae-seok, Song Ji-hyo, Haha, dan Kim Jong-kook.