Anoreksia nervosa atau dikenali juga sebagai gangguan pemakanan merupakan satun ancaman yang telah alam wujud dan mengancam nyawa generasi muda.

Terdapat beberapa sebab dan faktor menyebabkan seseorang itu mengidap anoreksia  yang boleh mendatangkan keburukan kesihatan. Secara umumnya, aneroksia nervosa atau aneroksia merupakan sejenis kondisi gangguan pemakanan yang dikarakteristikkan dengan berat badan yang rendah, takut untuk berat badan meningkat dan mempunyai obsesi dan keazaman kuat untuk menjadi sangat kurus.

Kebanyakan pengidap aneroksia biasanya tidak mengaku yang mereka berdepan masalah berat badan terlalu rendah. Malah, selalunya mereka akan makan dalam kuantiti sedikit dan sesetengah makanan sahaja.

Aneroksia yang berasal daripada perkataan Yunani ‘an’ bermaksud tanpa dan ‘orexis’ bermaksud hasrat ini juga boleh menyebabkan kematian jika ia dibiarkan berterusan.

Jika kamu atau ahli keluarga dan rakan-rakan memiliki berat badan yang rendah, sila perhatikan 5 petanda yang Remaja kongsikan di bawah. Jangan biarkan kamu berdepan masalah ini yang boleh mendatangkan keburukan. Masih tidak terlambat untuk kamu mencari jalan penyelesaian.

Ads

1. Risau keterlaluan bila berat badan naik walaupun sedikit

Penderita anoreksia biasanya akan menjadi sangat khuatir bila berat mereka bertambah secara tiba-tiba. Walhal kenaikan berat badan itu tidaklah ketara dan langsung tak menggambarkan mereka sudah gemuk. Bahkan berat badan mereka masih di bawah tahap BMI normal. Perkara ini berlaku kerana bagi mereka ada sesuatu yang tidak kena dengan badan mereka. Oh no…

2. Paksa diri untuk muntah

Jika Ada 5 Simptom Ini, Anda Pengidap Anoreksia!

Mungkin sekali imbas ia kelihatan seperti satu lagi simptom yang tidak sihat iaitu bulimia. Ya, simptom orang mengidap anoreksia yang parah boleh menyebabkan mereka berubah kepada aktiviti muntah dengan sengaja sepeti bulimia. Bezanya, pengidap bulimia muntah untuk membuang makanan yang mereka makan dengan kuantiti agak banyak. Berbeza dengan anoreksia yang sedia ada memang sudah tidak cukup makan. Ini lagi parah.

Ads

3. Takut jadi gemuk walhal berat badan rendah

Pengidap anoreksia lazimnya memang sangat kurus. Jadi amat menghairankan bila mereka mula bicara tentang fobia berat badan bertambah. Ini berpunca daripada masalah psikologi yang mereka hadapi.

4. Menggunakan ubat tahan nafsu makan

Demi menjaga tubuh badan mereka yang kurus ada sesetengah orang menggunakan ubat-ubatan untuk menahan nafsu makan. Apa yang menyebabkan mereka bertindak begini? Besar kemungkinan pemahaman mereka yang salah tentang kesihatan tubuh yang normal.

5. Perjalanan haid tidak lancar

Jika Ada 5 Simptom Ini, Anda Pengidap Anoreksia!

Ads

 

Salah satu petanda besar pengidap anoreksia bagi golongan wanita iaitu ketidak tentuan kitaran haid. Ada sesetengah kes boleh menyebabkan mereka tidak ‘datang bulan’ untuk tiga tempoh menstruasi.

Aneroksia merupakan simpton yang boleh diubati. Paling penting jika kamu ada salah satu lima perkara di atas janganlah segan atau rasa rendah diri untuk mendapatkan bantuan. Negara kita memiliki ramai pakar-pakar nutrisi dan doktor yang boleh membantu.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang aneroksia, korang boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau boleh terus rujuk di sini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI