Jika BF Korang Lakukan 10 Perkara Ini, Makna Dia Sudah Sedia Untuk Jadi Suami

Share

Dari saat berkenalan, berputik rasa suka dan hingga membawa ke perkara yang lebih serius iaitu perkahwinan. Tapi, apa tanda-tanda si lelaki dah ready untuk pilih korang sebagai pasangan hidupnya?

Inilah 10 tanda yang korang harus tahu bila si dia bersedia untuk menjadi suami.

1. Berperangai budak-budak, kadang-kadang menangis di depan korang

Pabila dia selesa dan serasi dengan kamu, kamu akan lihat sikap kebudak-budakan yang tersembunyi di dalam dirinya.

2. Dia masih mencari masa untuk korang, walaupun dalam jadual kerja yang padat

Bukan senang untuk ‘perform‘ dalam kerjaya dan relationship dalam masa yang sama, tapi si dia sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk meluangkan masa bersama korang. Sibuk mana pun jadualnya, pasti ada masa untuk diluangkan bersama.

3. Ajak korang ke kenduri kawan

Sebenarnya, ini adalah ‘hint‘ yang jelas bahawa korang adalah calon terbaiknya untuk dikahwini.

4. Sembang pasal vacay, tentu ‘seronok’ kalau korang ada


Kalau berbicara tentang percutian, tentu dia akan ingat pada korang atau menyimpan cita-cita untuk pergi ke suatu tempat bersama-sama.

5. Setiap apa yang dia buat, tentu korang tahu

Andai si dia nak buat apa-apa, dia tentu akan inform

pada korang supaya korang tahu ke mana dan apa yang dia akan buat pada hari-harinya.

6. Tak segan bawa korang jumpa keluarga dan rakan-rakan


Komitmen paling tinggi adalah memperkenalkan korang pada orang yang rapat dalam hidupnya. Something wrong kalau korang tak dikenali oleh ahli keluarga atau rakan-rakannya.

7. Tak berkira bila nak spend duit

Keutamaan untuk korang, biarpun bajunya tak berganti. Dia nak korang dapat apa yang terbaik dan happy. Tak semestinya barangan yang dia beli mahal, ikut kemampuan yang dia ada.

8. Tiba-tiba je nampak macam ada ‘wawasan’

Dalam diam, dia berkerja keras untuk mencari pendapatan lebih, yelah nak berumah tangga bukan senang.

9. Beli barang untuk korang

Semua orang tahu bahawa lelaki susah nak beli barang. Tapi kalau korang suka sangat pada barang tersebut, tentu dia akan belikan juga suatu hari nanti.

10. Korang nampak diri dia yang sebenar


Semua emosi dia korang akan lihat, termasuk marah dan cemburu. Baguskah? Ye memang bagus kerana dia nak korang memahaminya. Pernah korang tunjuk emosi  yang sebenar pada orang yang korang tak rapat? Mesti tak kan. So, inilah ideanya.

Published by
Noor Ain Norman