“Jika Dalam 14 Hari Tak Berjaya, Kita Mungkin Lanjutkan Perintah Kawalan” – PM

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Hanya sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul secara langsung untuk memberikan ucapan menerusi paparan berita di saluran massa.

Kita sedia maklum, rakyat Malaysia sedang dalam mod berjaga-jaga setelah arahan kawalan pergerakan dikeluarkan oleh pihak kerajaan, Isnin lalu menerusi ucapan PM.

Bagaimanapun, masih ramai yang mengambil enteng akan kepentingan menjaga diri terutamanya di khalayak ramai. Berduyun-duyun warga Kuala Lumpur dilihat ingin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman.

Arahan yang memerlukan pelajar IPT mengosongkan blok hostel dan segera pulang ke kediaman masing-masing semalam juga menimbulkan banyak pertanyaan.

Lantas kemunculan PM pada malam ini dilihat adalah demi menstabilkan semula rasa khuatir dalam diri rakyat.

Ini merupakan antara 5 intipati penting yang ingin REMAJA kongsikan daripada ucapan tersebut.

 

01

“Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah dan universiti agar mereka tidak bersentuhan dengan rakan-rakan. Saudara juga tidak perlu ke tempat kerja. Inilah tujuannya.”

 

02

“Semalam ramai yang balik kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan. Stesen bas juga sesak dengan yang ingin pulang ke kampung.

“Saya ingin merayu, tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di KL, duduklah di KL. Yang ada di mana-mana negeri lain, duduk di sana. Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja.

“Ini kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak dapat dikurangkan.”

 

03

“Kedai makan dibuka, tetapi saudara tak dibenarkan makan di kedai. Pesan makanan, bungkus dan bawa balik ke rumah. Atau leih baik gunakan perkhidmatan home food delivery service. Jangan gunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai mamak.”

 

04

“Saya tahu ini musim kenduri kahwin. Saya ingatkan saudara-saudari bahawa perhimpunan ramai termasuklah kenduri kahwin. Jadi kepada ibu-bapa pengantin saya minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Akad nikah boleh, tetapi majlis kenduri tangguhkanlah.”

 

05

“Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh perintah kawalan. Oleh itu adalah penting bagi kita semua mengasingkan diri. Ini kerana Covid 19 mempunyai hayat ikubasi dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas tempoh itu.”

*

Oleh itu gaiss, patuhi sajalah arahan yang dikeluarkan ini demi kebaikan diri sendiri dan juga ahli keluarga. Jangan ingat tiada simptom kita sihat 100 peratus..

 

 

 

Published by
FZ