Proses penerimaan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech mahupun AstraZeneca kini giat dijalankan di seluruh negara.
Sebahagian besar penerima dos suntikan vaksin bagaimanapun telah mengadu kesan sampingan sampingan yang mereka hadapi kira-kira dua ke tiga hari setelah menerima suntikan.
Simptom seperti rasa letih yang teruk, sakit kepala, sakit otot, menggigil dan demam pada suhu purata 38 darjah. Lengan yang disuntik dos vaksin juga akan terasa sakit dan sukar untuk digerakkan.
Senang cerita, mana-mana penerima akan sukar bangun dari katil dan akan menghabiskan masa beberapa hari selepas disuntik untuk berbaring di katil saja.
Simptom-simptom seperti ini adalah perkara normal kerana tubuh badan kita sedang memberi reaksi serta-merta. Ia adalah petanda bahawa tubuh badan kita mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19 yang boleh menjangkiti pada masa akan datang.
Dan kebanyakan penerima pasti akan mengalami demam yang tidak kebah untuk tempoh sehari dua.
Justeru, kami tertanya-tanya, selain daripada pengambilan tablet paracetamol, apakah cara lain untuk meredakan demam selama 48 jam ini?
ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Kimia Ini Jelas Kesan Paracetamol & Kenapa Diambil SELEPAS Terima Vaksin – REMAJA
Well, kita pasti akan segera terfikir mengenai mandi sekerap mungkin demi memberi keselesaan kepada tubuh. Cuma, adakah benar mandi menggunakan air sejuk itu akan mendatangkan hasil? Atau jika penggunaan air mandian hangat adalah lebih untuk tubuh?
Perbezaan sememangnya wujud di antara air mandian sejuk dan hangat.
Air mandian sejuk boleh mengelakkan seseorang daripada demam, membantu mengecilkan liang pori pada kulit badan, mengurangkan tekanan kepala, menstimulasikan sistem imunisasi badan dan juga mempercepatkan metabolisma secara semula jadi.
Bagaimanapun, kepercayaan kononnya air mandian sejuk boleh mengurang suhu badan yang sedang demam adalah mitos semata-mata. Ya ia mengelakkan dari demam tetapi bukan mengurangkan suhu setelah bergejala.
Kita lebih digalakkan untuk mengguna air mandian hangat.
Bukan saja ia memberi keselesaan, air mandian hangat juga mengurangkan keletihan pada badan, mengurangkan sakit kepala, merelakskan otot, melegakan saluran pernafasan yang tersumbat dan membersihkan liang pori serta menyegarkan kulit wajah.
Jadi bagi korang yang berdepan gejala demam setelah menerima suntikan dos vaksin, amalkan mandi dengan air hangat di samping minum air sebanyak mungkin (walaupun tekak akan terasa perit), menukar pakaian dan alas tidur sekerap yang boleh bagi mengelakkan merebaknya virus demam pada katil dan memastikan pengudaraan bilik yang lancar.