Jika Ke Jepun, Usah Tersalah Minum Coca-Cola Selepas Ini

Share

Jenama antarabangsa sepopular minuman bergas, Coca-Cola sering melakukan pembaharuan pada produk mereka bagi memastikan 1) Pelanggan tak mudah bosan dan 2) Untuk melebarkan lagi potensi pelanggan yang ada.

Jika dulu, Coca-Cola pernah bereksperimentasi dengan minuman Diet Coke khas bagi mereka yang enggan mengambil kandungan gula setinggi biasa dan juga minuman Coke Vanilla bagi yang inginkan rasa ais krim di dalam minuman mereka.

Kini, selepas 125 jenama ini ditubuhkan, Coca-Cola khabarnya ingin menghasilkan minuman beralkohol pertama pula dan ia akan dimulakan di Jepun.

Secara strateginya, ini adalah satu cara mereka ingin bersaing dalam pasaran minuman kategori Chu-Hi, iaitu kategori minuman perisa sparkling yang cukup digemari rakyat di Jepun. Selalunya, minuman jenis ini akan mempunyai kandungan alkohol sekitar 3% ke 8%.

Obviously, mereka ingin meluaskan lagi jumlah pembeli yang ada agar semua orang boleh memilih jenis Coca-Cola masing-masing. Jika tak ingin yang beralkohol, pilihlah minuman biasa. Jika nak rasa sparkling, cuba yang baru. Itu je.

Tak bermaksud semua minuman Coca-Cola di Jepun ditukar dengan kandungan alkohol.

Jangan salah pilih Coca-Cola tau! Nanti terbaring entah di mana. Hehe..

Jenama minuman alkohol popular Jepun seperti Kirin, Suntory dan Asahi sentiasa mempromosikan produk baru mereka di pasaran, dan Coca-Cola tak nak ketinggalan di belakang mereka. Buat masa ini, masih belum ada tarikh tetap bila ia akan dipasarkan di Jepun.

Namun, bagi korang yang ada perancangan untuk ke sana dalam masa terdekat, hati-hati ketika membeli minuman okay.

Paling mudah pun, jerang je air masak di bilik hotel dan bawa botol minuman bersama.

Published by
FZ