Jika Malaysia Larang Rokok Di Kedai Makan, Singapura Larang Di Seluruh Orchard Road

Share

Bukan perokok di Malaysia saja berdepan dengan larangan merokok di beberapa kawasan…

 

Bermula hari ini, kerajaan Singapura juga memperketatkan larangan merokok di negara tersebut dalam usaha untuk menjadikan lokasi pelancongan popular; Orchard Road sebagai kawasan bebas merokok.

Sebelum ini, medan selera seperti restoran dan kafe diarah menyediakan zon merokok untuk tidak mengacau ketenteraman pengunjung lain.

Namun bermula 1 Januari, Orchard Road hanya akan mempunyai 40 lokasi merokok dan medan selera menjadi kawasan larangan merokok sama sekali.

Nampaknya, Singapura lebih advance sedikit berbanding Malaysia dalam usaha membanteras gejala merokok. Walaupun peraturan itu sebenarnya dijadualkan bermula Julai 2017, kerajaan memberikan tempoh 6 bulan untuk premis bersiap-sedia.

Jika ada sesiapa yang merokok di koridor, jalanan atau secara tersorok di Orchard Road, amaran lisan keras akan diberikan oleh pihak berkuasa dan sukarelawan untuk 3 bulan pertama. Kamera pemantauan (CCTV)  juga akan ditambah bagi tujuan ini

* * *

Selain itu, kerajaan Singapura juga akan menaikkan had umur legal untuk membeli, merokok, mengambil dan mengedarkan rokok bermula hari ini. Dari 18 tahun dinaikkan ke 19 tahun, ia akan dinaikkan secara konsisten setiap tahun sehinggalah had 21 tahun pada tahun 2021.

Ini bagi tujuan mengelakkan remaja merokok secara berleluasa pada usia muda. Lagi sukar untuk mereka mendapat akses kepada rokok yang dijual selepas ini.

Hhm, kalau benda ni dilakukan di Malaysia, agak-agak remaja akan mulai protes tak..?

BACA: Rugi ‘Sedekah’ 10,000 Sebabkan Rokok, Baik Kumpul Duit Kahwin 

 

Published by
FZ