Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan hingga 6 Jun depan.
Rasanya ramai yang sudah mengetahui sekiranya melalui sekatan jalan raya, korang hanya perlu menunjukkan surat pelepasan bekerja atau kebenaran polis bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Namun begitu, mungkin ada yang tidak tahu sekiranya korang menggunakan pengangkutan awam, korang juga perlu membawa surat pelepasan atau kebenaran bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku.
Rapid KL sebelum ini telah memuat naik peringatan kepada pengguna awam untuk memastikan penumpang membawa surat pelepasan bekerja atau kebenaran merentas daerah/negeri ketika menaiki tren dan bas.
Sebelum ini mungkin ada yang berniat untuk berjalan-jalan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan sekatan jalan raya dan PDRM, namun kini jika korang menaiki tren dan bas juga, dinasihatkan untuk mempunyai surat pelepasan bertugas atau kebenaran merentas daerah.
Ini bermakna pihak polis boleh melakukan spot check pada bila-bila masa sahaja dan sekiranya korang tidak mempunyai sebarang surat kebenaran, kompaun mungkin akan dikenakan kepada pesalah.
Namun, sekiranya korang dari daerah yang sama dan ingin ke daerah yang sama, pihak Rapid KL
menjelaskan tidak perlu membawa surah pelepasan.Ha, take note ya guys. Nampaknya PKP 3.0 ni lebih strict kerana pengguna pengangkutan awam juga mungkin akan dipantau pergerakannya.
Oleh itu, jika tiada urusan penting di luar sebaiknya korang duduk rumah sahaja okay?
Sumber: (1)