Hargai mak ayah selagi mereka ada. Berbakti juga ketika hayat mereka dikandung badan. Hari ini, berbagai cerita kita baca mengenai sikap anak-anak terhadap ibu bapa. Ada yang berani nak tetak mak ayah, ada pula yang pakat adik beradik belikan mak ayah hadiah yang tak disangka-sangka. Apa pun usaha kita pada mak ayah, memang patut kita bahagiakan mereka kerana tanpa keduanya kita memang tak lahir ke dunia ini.

Tapi perjalanan setiap orang tidak sama seperti orang lain. Ada yang dari kecil sudah kehilangan mak ayah. Ada juga belum melalui kehidupan sebegitu (kata orang masih kaya raya. Bukan kaya duit tapi kaya ahli keluarga). Tapi harus diakui, memang sedih dan pedih kalau  kehilangan mak ayah pada usia muda. Lebih sedih bila di hari konvokesyen, kawan-kawan ditemani mak ayah tetapi kita sorang-sorong.

Perkongsian dari Amir Rusydi ini, graduan  dari  Jordan University Of Science And Technology yang baru memperoleh ijazah dalam bidang pergigian ini boleh buat hati sebak. Bayangkan, impian kita macam-macam tapi perancangan Allah itu lebih segala-galanya.

Kata Amir, di hari konvokesyen, semua kawan-kawannya ditemani mak ayah yang berbangga dengan kejayaan anak masing-masing tapi dia hanya ditemani potret mak ayahnya kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia baik ketika dia belum pun ambil SPM.

Baca kisah perkongsiannya. Memang sebak. Apa yang pasti hargai mak ayah selagi mereka ada.

Ads
Jika Orang Lain Konvo Mak Ayah Datang, Bakal Doktor Gigi Ini Hanya Ditemani Potret Saja
Sebak! Amir hanya mampu bergambar dengan potret kedua arwah ibu ibu bapanya di hari konvokesyennya. Memang boleh nangiskan kalau berlaku pada kita!

Hari ini, tepat 10 tahun yang lepas (19/6/2009) nikmat untuk memiliki seorang ayah di dunia telah ditarik. Hilang separuh dari kekuatan hidup. Demi seorang mak yang nak melihat anak – anak berjaya, perjalanan mesti diteruskan.

Alhamdulillah, berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Tapi tak sangka Allah ambik nyawa mak seawal itu, (13/12/2013), 10 hari selepas habis peperiksaan SPM. Walaupun dah bertahun – tahun kehilangan, tapi masih berharap semua yang terjadi ni suatu mimpi.

Plan asal nak pergi ambik keputusan SPM dengan mak ayah dah tak tercapai. Tapi waktu tu hanya mampu cemburu tengok orang lain bergambar dengan mak ayah masing – masing. Dan masa tu jugak terfikir, nanti majlis konvokesyen universiti, aku mesti bawak mak ayah sama – sama jugak 🤗

Ads
Jika Orang Lain Konvo Mak Ayah Datang, Bakal Doktor Gigi Ini Hanya Ditemani Potret Saja
Kata Amir dia banyak baca dalam media sosial, anak yatim piatu selalu tercicir dalam pelajaran tapi Amir buktikan peroleh ijazah dalam bidang pergigian dari University di Jordan

Alhamdulillah, 17/6/19, hari secara rasminya aku tamat ijazah pergigian, dapat jugak bergambar dengan mak ayah, walaupun sekadar gambar di dalam gambar. Tapi rasa gembira sebab dapat bawak mak dan ayah sama – sama di hari bahagia ni. Hadiah untuk mak ayah.

Aku selalu terbaca di media sosial, anak – anak yang kehilangan ibu bapa akan tercicir dalam pelajaran, akan gagal dalam hidup. Alhamdulillah hari ini seorang anak yatim piatu berjaya buktikan yang tak semua sangkaan dan andaian orang awam ni betul 🤗

Ads

Semoga mak dan ayah sentiasa gembira dan bahagia di alam sana. Semoga setiap kebaikan dan pahala diperoleh sebagai seorang doktor nanti dapat disalurkan kepada mereka di alam sana.

With love,
Your little dentist ❤️ @ Jordan university of science and technology

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI