Jika Tak Mahu Ditipu Penjual, Ini 60 Nama Lain Bagi Gula Yang Korang Perlu Tahu

Share

Bagi individu yang ingin menjaga kesihatan atau pun sedang dalam usaha menurunkan berat badan, sudah tentu mereka akan mencari produk-produk makanan yang tidak mengandungi gula.

Walaupun sentiasa melihat kandungan bahan yang ada sebelum memilih produk, namun tidak semua diantara kita yang memahami setiap perkataan yang digunakan dalam packaging produk tersebut.

BACA: Gara-Gara Diabetes, Gadis Ini Derita Pendarahan Dalam Mata & Buah Pinggang Bocor

Menurut Public Health Malaysia, jika ramuan pertama adalah gula, bermaksud ramuan paling banyak digunakan dalam produk tersebut adalah gula.

Namun, pengeluar produk makanan bukannya bodoh dan mereka tidak akan menulis ramuan makanan sebagai gula/sugar.

Pengeluar makanan sering menyembunyikan jumlah gula dalam produk mereka dengan menyenaraikan ‘gula’ di bawah beberapa nama yang berlainan.

Berikut merupakan 60 nama lain bagi gula yang korang perlu tahu:

1. Buttered syrup
2. Sirap
3. Cane sugar
4. Krimer manis
5. Brown sugar
6. Corn syrup
7. Cane juice
8. Dextrose
9. Caramel
10. Beet sugar
11. Confectioners’ sugar
12. Corn syrup solids
13. Agave nectar
14. Demerara sugar
15. Dehydrated cane juice
16. Galactose
17. Fruit juice concentrate
18. Fructose
19. Maltodextrin
20. Diastatic malt
21. Diatase
22. Maltose
23. Gula batu
24. Malt sugar
25. Mannitol
26. Florida crystals
27. Molasses
28. Sucrose
29. Sorghum syrup
30. Sorbitol
31. Yellow sugar
32. Carob syrup
33. Treacle
34. Madu
35. Lactose
36. Panocha
37. Raw sugar
38. Rice syrup
39. Castor sugar
40. HFCS (High frustose corn syrup)
41. Golden sugar
42. Muscovado
43. Barbados sugar
44. Grape sugar
45. Maple syrup
46. Gula kabung
47. Barley malt
48. Refiner’s syrup
49. Sugar (granulated)
50. Honey
51. Turbinado sugar
52. Golden syrup
53. Fruit juice
54. Icing sugar
55. Glucose
56. Date sugar
57. Ethyl maltol
58. Dextran
59. Gula Merah
60. Raw sugar

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang paling terbaik untuk korang mengelakkan gula tambahan dan antaranya adalah seperti berikut:

• Pilih air kosong berbanding minuman manis
• Hadkan kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan
• Hadkan minuman manis (sehari sekali sahaja)
• Gantikan makanan manis dengan makanan yang lebih sihat seperti buah
• Baca label dan elak produk yang menyenaraikan gula dibahagian awal senarai ramuan

Semoga info ini memberi sedikit ilmu pengetahuan baru untuk kita semua dan jadikan panduan bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Noor Ain Norman