Jika Terima Nombor Ini SILA JAWAB, Ia Adalah Pengesahan Dari KWSP Untuk Pengeluaran i-Akaun Anda

Share

Membaca kisah-kisah ditipu scammer membuatkan kita begitu berhati-hati mengangkat sebarang panggilan nombor khususnya yang tertera kod 03. Ini kerana tersebar meluas di media sosial bahawa scammer menggunakan nombor kod negeri khususnya 03 (bagi Kuala Lumpur) untuk  menipu mangsanya.

Bimbang ditipu, adakalanya kita mengabaikan saja nombor-nombor tertera di telefon bimbit kerana tak mahu tersalah langkah. Namun begitu bukan semua nombor boleh diabaikan terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya nombor 03-9833400 kerana ia adalah nombor tulen dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk permohonan i-Akaun yang telah anda lakukan menerusi akaun 2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan ketika wabak COVID-19 melanda dunia dan memberi kesan ekonomi kepada semua pihak.

Dalam kenyataan di laman web rasmi KWSP, pihak KWSP memaklumkan bagi mana-mana permohonan i-Lestari yang sudah dibuat melalui emel sebelum ini, pihak mereka akan menyusul dengan satu panggilan rasmi untuk memberikan no TAC dari  talian sehala mereka iaitu  03-89224000.

Satu nota penting, JANGAN HUBUNGI nombor 03-89224000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja.

Malah pihak KWSP juga memaklumkan, nombor ini adalah tulen  dan agen KWSP akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.

Talian ini beroperasi 7 hari seminggu  dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Jadi jangan call ya untuk bertanya permohonan korang dan diproses atau belum kerana pihak KWSP yang akan buat panggilan kepada korang semua.

Dikatakan lagi, pihak KWSP memerlukan masa di antara 5-10 hari bekerja untuk memproses permohonan sebanyak 1.2 juta yang dibuat oleh pencarum untuk pengeluaran RM500 sebulan yang dibenarkan oleh kerajaan selama setahun.

Dalam satu kenyataan pula, pihak KWSP memaklumkan bagi permohonan i-Lestari online, pemohon boleh menyemak status permohonan  melalui i-Akaun (Ahli) dalam 5 hari bekerja. Manakala permohonan yang dibuat secara manual, ahli akan meneria SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.

Namun katakanlah korang terlepas panggilan Miss Call, janganlah terus stres sebab pengesahan ini boleh dilakukan menerusi emel saja nanti.

Bagi yang nak memohon tu, sila bersabar ya sebab memang banyak permohonan dan pihak KWSP sedang berusaha membantu kita semua.

Published by
Almaswa Haji Che Ros