Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Untuk makluman, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak.
Pihak awatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berusia 18 tahun dan ke atas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) telah mencadangkan agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer perlu mengambil dos penggalak.
Hal ini bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19-Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.
Oleh yang demikian, jika korang berada dalam kumpulan yang dinyatakan di atas iaitu semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas, korang perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022.
Jangan berlengah ya kalau tak mahu aktiviti korang terbatas selepas ini. Hiks!
Sumber: (1)