
Isi Kandungan
ToggleTeknologi sekarang dah boleh buat macam-macam, termasuklah ambil gambar passport dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih telefon bimbit saja.
Korang boleh jimat lebih banyak wang dan paling penting, gambar passport ni boleh dibuat di rumah. Mudah kan?
Macam mana nak buat? Jom kita tengok tutorial yang dikongsi oleh @syazaabalqis ini.
1. Download 2 aplikasi ini
2. Padamkan background dengan apps eraser
3. Lepas tu, gambar akan jadi macam ni
4. Buka apps sketch
5. Pilih saiz potret
6. Pilih background warna biru
7. Seterusnya..
8. Save dan crop
9. Buka microsoft word
10. Ikut saiz macam ni
11. Print guna glossy paper
Nampak mudah je kan? Jom try!
Cara Buang Perkara Tidak Penting Yang Penuhkan Storage Telefon Bagi Pengguna iPhone

Masalah penstoran memori di telefon pintar sering dialami oleh kebanyakan daripada kita kerana walaupun menggunakan storage yang agak besar, namun ia masih tidak mencukupi dan sering kali penuh.
Berilah telefon pintar yang mempunyai memori 512GB sekali pun, pastinya banyak gambar dan video yang kita nak simpan dan akhirnya memori penuh juga kan?

Untuk pengguna iPhone, korang boleh check storage dan jika dilihat, penggunaan Other yang dipaparkan itu memakan jumlah memori juga. Jadi, bagaimana korang boleh mengurangkan sedikit penggunaan tersebut?
Jom kita lihat perkongsian daripada Akeem Sharyzal yang menunjukkan cara-cara untuk membuang perkara tidak penting yang hanya memenuhkan storage telefon korang.
1. Pergi Setting > pilih Safari > scroll bawah sikit cari clear history & website data dan klik
2. Masuk Setting lagi > cari Messages > Keep Messages > buat 30 days
Biar jadi auto delete sebab tak penting pun. Kalau penting, korang boleh save dulu atau screenshot.
3. Ini paling membantu. Korang pergi dekat apps Telegram, lepas tu cari Setting > Data & Storage > Storage Usage > tekan clear telegram cache
4. Ini pula cara kalau korang nak backup semua gambar dan video dalam iPhone korang.
a. Download Apps Google Photo
b. Setting “Free Up Space”
c. Slide ke bawah untuk backup
d. Dah complete delete sahaja
e. Dekat recently delete pun dah delete
Jangan risau, gambar semua selamat.
Selamat mencuba!
Sumber: Akeem Sharyzal
Kini Korang Boleh Scan Untuk Follow Kawan Di Instagram Dengan ‘Nametag’!

Isi Kandungan
ToggleSatu persatu inovasi baru diperkenalkan oleh Instagram bagi memudahkan penggunanya menikmati pengalaman hebat dengan laman media sosial yang wajib dimiliki oleh semua remaja.
Pada hari ini, Instagram telah melancarkan feature baru dikenali sebagai ‘Nametag’. Ia merupakan sebuah feature boleh ubai mengikut citarasa pengguna yang bertindak seperti kad identifikasi bagi membolehkan rakan-rakan membuka profile korang dengan mudah.
Nametage memudahkan pengguna terutamanya yang baru berkenalan dalam real life untuk berkenalan satu sama lain dan memperkenalkan akaun Instagram masing-masing.
Bagaimana ia berfungsi?
1
Di bahagian atas profile Instagram terdapat satu feature baru yang tersedia. Korang boleh set up Nametag di situ dan pilih opsyen yang tertera.
2
Pertama kali membuka opsyen ‘Nametag’ akan tertera seperti berikut. Instagram menerangkan bahawa kawan-kawan korang boleh scan Nametag korang di sini.
3
Di bahagian atas bertulis ‘color‘ korang boleh memilih style Nametag yang korang gemari. Selepas itu boleh tap di atas Nametag untuk melakukan customise megikut selera masing-masing.
4
Untuk opsyen ini pula korang boleh gunakan untuk scan nametag rakan-rakan. Apabila korang tap di bahagian ‘scan a nametag’, kamera akan terbuka seperti di bawah. Then, you can start adding people in your following!

5

Ini merupakan beberapa customization yang korang boleh buat iaitu color, emoji dan selfie!
Jadi apa pendapat korang dengan feature baru yang diperkenalkan oleh Instagram ini? Bagi REMAJA, this is something yang sangat cool. Bukan sahaja memudahkan untuk follow antara satu sama lain tetapi memberikan kita sebagai pengguna identiti yang unik dengan Nametag!
Malaysia Semakin Hampiri 5G, Ujian Kepantasan Di 5 Negeri Terpilih Tak Lama Lagi

Kalau bercakap mengenai Teknologi Generasi Kelima (5G), memang sampai kesudah tak habis punya. Ini kerana seluruh penduduk dunia sedang ternanti-nantikan teknologi tersebut.
Negara kita juga nampaknya enggan tertinggal dalam perkembangan ini. Justeru, satu ujian kepantasan teknologi 5G akan dilakukan di lima buah negeri dalam masa terdekat!
Ia termasuklah Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut Menteri Komunikasi & Multimedia iaitu Gobind Singh Deo, ujian kepantasan itu adalah berikutan permintaan tertinggi teknologi 5G oleh 5 buah negeri tersebut selepas Cyberjaya dan Putrajaya.
“Banyak syarikat dari 5 negeri ini yang bertanyakan tentang 5G. Dari negeri lain pun ada tetapi buat masa ini, kita fokus kepada 5 negeri sebagai permulaan. Dan kita tak akan berhenti di situ. Kita akan kembangkan mengikut keadaan dan tuntutan,” kata beliau kepada rakan media di AWANI pada hari ini.
Untuk menjayakan ujian 5G, pelbagai aspek akan dinilai termasuklah keselamatan, infrastruktur baru dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.
Dari situlah, mereka akan menilai apakah masalah yang timbul dan bagaimana hendak menyelesaikannya.
Untuk pengetahuan korang, Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan mereka akan melakukan Ujian 5G Secara Langsung yang pertama di Malaysia, 3 hari lalu.
Ia akan dijalankan di ibu pejabat Celcom dan sekitar Petaling Jaya Sentral selama 6 bulan ini.
OMG, tak sabarnya nak gunakan 5G!
Sumber: Astro Awani