Muzik

Jimin BTS Kena ‘Scam’ Dengan Pelawak Lee Jin Ho, Alami Kerugian Sebanyak 100 Juta Won Kerana Langsaikan Hutang Judi!

Share

Baru-baru ini, pelawak Korea Selatan, Lee Jin Ho telah menerima kritikan orang ramai apabila dia mengungkapkan dirinya telah mengumpul banyak hutang disebabkan perjudian haram dan bertindak dengan mencari ‘bantuan kewangan’ dari pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.

Walaupun pengacara rancangan ‘Knowing Brother’ itu mengaku telah membayar dan menyelesaikan beberapa hutang tersebut secara bertahap setiap bulan dan mempunyai niat untuk melunaskan secara penuh, media Ten Asia telah melaporkan bahawa jumlah keseluruhan hutang tersebut dianggarkan bernilai hingga ratusan juta won.

Antara selebriti dan pihak terkesan dalam meminjamkan wang kepada artis komedi  berkenaan adalah Jimin BTS, Ha Sung Woon, Lee Soo Geun, Young Tak, serta beberapa pegawai penyiaran, penerbit, dan penulis yang bekerja dalam industri hiburan.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat beberapa lagi selebriti yang memberi kepercayaan kepada Jin Ho dengan memberi pinjaman tanpa surat perjanjian kini berisiko untuk dikenakan cukai yang tinggi dari pihak berkuasa kerana transaksi berkenaan secara automatik diklasifikasikan sebagai hadiah dan bukan sebagai pinjaman.

Selain itu,  beberapa orang juga dilaporkan telah memilih untuk mendakwa Jin Ho atas tuntutan penipuan dan menuntut bayaran ganti rugi.

Susulan itu, Ten Asia mengambil kesempatan untuk bertanya secara langsung kepada agensi syarikat BTS Jimin iaitu HYBE mengenai kesahihan berita tersebut dan terbukti bahawa Lee Jin Ho telah mendekati penyanyi lagu ‘Butter’ itu pada tahun 2022.

Kredit: Weverse BTS

Pelawak itu juga mengatakan bahawa dia memerlukan sejumlah dana dalam keadaan terdesak dan ingin meminjam 100 juta won (RM 316,000) untuk seminggu. Meskipun sudah menandatangani surat perjanjian, Jin Ho gagal mematuhi perjanjian tersebut dan dianggap tidak berniat untuk membayar kembali hutang berkenaan.

Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) juga dilaporkan telah memutuskan untuk menunjuk belas kasihan dengan menyatakan Jin Ho boleh membayar wang yang dipinjamkan dalam waktu 10 tahun dan hal tersebut disahkan lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Oktober yang berbunyi,

“Seperti yang dilaporkan, memang benar telah berlaku kerugian dalam bentuk kewangan telah terjadi kepada Jimin. Dia meminjamkan sejumlah wang dengan surat perjanjian yang telah ditandatangani,” jelas HYBE.

Walau apa pun, semoga hal ini dapat diselesaikan secara baik dan teratur.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE