Kemain lagi Army eh..
Konsert grup K-Pop paling popular masa ini iaitu BTS telahpun berlangsung di National Stadium Singapore semalam dan dihadiri oleh puluhan ribu penonton. Alah, konsert yang katanya habis sold out dalam masa beberapa jam je tu..
Walaupun tak dapat menghadirinya pada kali ini, team REMAJA masih mempunyai rakan fanatik K-Pop yang sanggup berbelanja sakan untuk melihat idol mereka secara lebih dekat.
Hhm, dengar cerita ada insiden tak best berlaku? Apa pula haihh..
Salah seorang anggota BTS iaitu Jimin terjatuh semasa menyanyikan lagu DNA. Sampaikan beberapa ahli lain pun terkejut dan Jungkook yang berada di sebelahnya terhenti menari sambil tergelak kecil. Hey!
Nasib baiklah tak cedera.
Tamat je persembahan DNA tersebut, J-Hope, RM, V dan Jungkook dilihat cuba ‘mengelap’ bahagian pentas yang licin itu dengan kasut mereka. Sambil tu, J-Hope berkata, “ Oh My God..” dan diiringi dengan tawa penonton.
But to be fair, Jimin pun selalu ada tendency untuk terjatuh. Hehe #klari
Masih mengenai Jimin! Kami tak bias okay, tetapi Jimin telah menghadiahkan sesuatu kepada penonton di Singapura dengan menyanyikan single terbarunya, Promise secara akapela.
Walaupun tidak disertai oleh anggota lain, RM yang juga merupakan penulis lirik untuk Promise berada di sebelahnya untuk menyokong.
BTS memang sayangkan peminat mereka sehinggakan mereka menempah sebuah stadium tertutup di sebelah untuk meletakkan para peminat mereka yang – hhm – sedang beratur untuk memasuki stadium sebenar!
Whoa, kalau kita dekat sini, lantak kaulah diri bawah panas atau hujan. Hehe opps!
Salah satu memes paling popular untuk konsert yang dihadiri lebih 45,000 orang penonton ini adalah bagaimana rambut kesemua anggota tercacak seakan terkena renjatan elektrik!
Hehe, mungkin kerana daya elektrik statik di dalam stadium tu terlalu kuat kot? Ataupun kerana produk rambut yang mereka gunakan.
Apa-apapun, konsert BTS di Singapura semalam memang mencatat sejarah. Hhm tak sabar pula nak tunggu Blackpink di Malaysia!