Hiburan

Tamat Latihan Ketenteraan, 4000 Peminat Bakal Dapat Pelukan Jin BTS!

Share

Rasa macam baru sangat tengok kesemua anggota penyanyi Korea terkenal, BTS seorang demi seorang pergi menyelesaikan tanggungjawab negara dengan menyertai latihan ketenteraan. 

Akan tetapi, baru-baru ini agensi BTS, Big Hit Music mengumumkan bahawa ahli tertua, Seokjin bakal menamatkan latihan pada 12 Jun ini!

Kredit: Jin BTS

Demi menghargai sokongan peminat yang setia menunggunya selama 18 bulan, Kim Seokjin atau lebih mesra disapa Jin mencadangkan untuk mengadakan acara

Jin’s Greeting bagi meluangkan masa bersama ARMY pada ulang tahun ke-11 BTS yang akan disambut 13 Jun ini.

Menurut Big Hit, antara aktiviti semasa acara beramah mesra antara Jin BTS dan ARMY, mereka bukan sahaja berpeluang untuk menyapa penyanyi tersebut secara peribadi.

Kredit: Jin BTS

Malah, bagi ARMY bertuah yang memenangi undian juga berpeluang untuk peluk atau berjabat tangan dengan pelantun lagu The Astronaut itu, dan ia bergantung kepada pilihan peminat.

Acara Jin’s Greeting difahamkan akan berlangsung selama 3 jam di Arena Jamsil, Seoul dan ia dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama adalah untuk 1,000 orang peminat dan untuk sesi kedua pula seramai 3,000 orang peminat.

Kredit: Weverse BTS

Sementara itu, anggota BTS seperti RM, SUGA, j-hope, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalani latihan ketenteraan dan jangkaan tamat latihan adalah pada tahun 2025.

Wah! Seronoklah ARMY yang bertuah sebab dapat jumpa worldwide handsome!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE