Baru keluar tentera, Jin BTS wakili Korea Selatan bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024.
Acara ini menjadi sangat istimewa kerana bersempena dengan Hari Bastille, hari cuti besar di Perancis. Jin akan mewakili Korea Selatan sebagai pembawa obor dalam acara larian berganti-ganti di Paris, dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre.
Kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada peminat yang telah berkumpul di lokasi dengan sepanduk dan sorakan semangat.
Rasa terhormat dan bangga
Dalam wawancaranya dengan KBS News, Jin berkata,
“Saya amat berbangga untuk terlibat dalam larian obor pada hari ini. Saya berterima kasih kepada ARMY dan kepada semua peminat yang menyokong saya hinggakan saya mampu mengangkat obor pada hari ini.”
Melalui agensinya, Big Hit Music, Jin juga menyampaikan harapannya agar atlet Korea Selatan mencapai kejayaan dalam Olimpik dan Paralimpik Paris ke-17 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Untuk pengetahuan, acara obor Olimpik ini akan melalui lebih 400 lokasi di Perancis, meliputi perjalanan kira-kira 12,000km. Tambahan, terdapat 11,000 pembawa obor yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ini termasuklah Jin, Didier Drogba, Tony Parker dan ramai lagi.
Cayalah Jin!
ARTIKEL BERKAITAN : Ragu-Ragu Hukum Inai ‘Mesra Wuduk’ Yang Tengah Viral. Ini Jawapan Mufti
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.