Berita yang menggemparkan peminat Kpop apabila dua orang ahli iKON iaitu Jinhwan dan Junhoe dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi tadi.
Menurut laporan eksklusif daripada Kyungnam Domin, pada jam 3.40 pagi waktu Korea, sebuah van yang dinaiki Junhoe dan Jinwhan tergelincir di jalan yang lincin menyebabkan kenderaan tersebut merempuh tembok. Kedua-dua anggota iKON dan pemandu van dilaporkan cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pemandu van tersebut kini dalam siasatan kerana dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol. Polis percaya bahawa kemalangan itu disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan dan sedang menyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, agensi mereka iaitu YG Entertainment masih belum lagi memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.
Di laman sosial, rata-rata peminat kumpulan iKON bimbang tentang kondisi Jinwhan dan Junhoe dan mereka berasa lega apabila mengetahui idola mereka hanya cedera ringan.
Ads
Ads
Malah, ada yang terlebih concern dan menyalahkan YG Entertainment serta mahu pemandu tersebut diberhentikan kerana bimbang keadaan yang sama berlaku lagi.
Ads
Sudah tentu peminat setia kumpulan iKON risau tentang keselamatan ikon mereka. Diharap Jinwhan dan Junhoe lebih berhati-hati selepas ini.
Ramai antara kita yang mungkin pernah mengecas telefon bimbit dan lain-lain alatan elektronik di masjid ketika berhenti solat seketika. Mungkin ramai yang tidak akan hukum perbuatan tersebut. Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menulis di facebooknya. Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat semua.
Soalan : Bolehkah makmum menggunakan tenaga elektrik di masjid untuk mengecas gajet persendirian?
Jawapan : Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.
Kaedah fiqah menyebut: “Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, maka hendaklah ia bertindak berasaskan maslahah.” (1/310).
Dalam hal ini juga, bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jum’ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid. Ini berdasarkan sikap Rasulullah SAW yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid, antaranya sebagai mana sabda Baginda SAW:
Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru (agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.” Hadis riwayat Abu Daud, no. 460. (http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx…)
Dalam isu ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya. Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.
Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama. Wallahu a’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir Khan berkongsi kisah di mana dia pernah menangis teruk kerana sukar mendapat kerja disebabkan kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.
Zubir atau nama penuh Muhammad Zubir Mohamad Ali berkata, dia juga mahu bekerja dan berdikari selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berhasrat untuk memberi wang kepada ibu bapanya hasil daripada titik peluh sendiri.
“Selepas SPM, walaupun saya anak bongsu yang manja, namun ibu bapa dan keluarga tak pernah paksa saya untuk belajar atau bekerja. Mereka beri kelonggaran untuk saya melakukan apa yang disukai dan saya rasa sangat okay”
“Saya juga tertarik dan berniat nak bagi duit kepada ibu bapa. Tak kisahlah sama ada keluarga kita ada bisnes ke apa, tapi saya nak bagi ibu bapa duit daripada hasil titik peluh sendiri”
“Jadi, saya pergi minta kerja dan mereka kata saya tak ada tangan. Kalau barang itu jatuh, siapa nak bayar. Mereka macam kutuk saya. Apabila balik rumah, saya menangis dan minta doa kepada Allah untuk diberi jalan keluar,” katanya
Pelantun Yennode Macha yang ditemui Harian Metro berkata, dia bersyukur apabila seorang sahabat yang berbangsa India datang berjumpa dan kerap memberikan semangat kepadanya supaya tidak bersedih.
“Kawan saya cakap jangan terus bersedih sebab tiada kerja sebab kamu boleh nyanyi. Cubalah menyanyi dan ‘post’ di TikTok ke, YouTube, mana tahu orang suka. Rakan itu beri saya jalan dan saya buat”
“Suatu hari, saya viral di Facebook sebab ada repost video saya dari TikTok. Jadi, saya fikir itu ‘jalan keluar’ yang Allah beri, di mana kejayaan saya dalam industri lagu. Ini seni awak dan pergilah dalam bidang itu”
Sejak itu, Zubir tidak melepaskan peluang dan terus berusaha sehingga namanya diakui oleh dalam industri muzik.
Dalam pada itu, Zubir juga turut berkongsi kisah bagaimana dia reda dengan takdir hidupnya dan sekaligus tidak berasa kekurangan tangan itu menghalang dirinya bangkit untuk meraih kejayaan seperti hari ini.
“20 tahun lepas, ketika umur empat tahun, tangan saya masuk dalam mesin kek. Ayah saya ada kilang roti dan tangan saya masuk mesin kek. Saya degil masa itu, nangis-nagis nak ikut ayah dan akhirnya ayah terpaksalah bawa saya (ke kilang). Saya main-main dan saya masuk tangan dalam mesin (kek)”
Kejayaan Zubir pada hari ini membuktikan walaupun tiada sebelah tangan, tidak bermakna individu sepertinya tidak boleh menunggang motosikal dan memandu kereta atau melakukan apa saja yang orang lain pandang rendah terhadap dirinya.
Sehingga kini, Zubir telah menghasilkan tujuh lagu Tamil ciptaan dan lirik ditulisnya sendiri sejak 2019, Zubir berkata, kunci kejayaannya kini adalah dia tidak malu belajar dan suka mempelbagaikan kemahiran bahasa.
Antara lagu Zubir Khan yang popular di YouTube adalah seperti Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Datin Elvina Mohamad bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi apabila pelakon itu berkongsi dirinya kini sedang berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah popular Takdir Cinta Dhia itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Dalam hantaran tersebut dilihat keluarga kecilnya ceria bergambar berlatar belakang mercu tanda taman tema Disneyland di Tokyo, Jepun.
Suami dan anak sulungnya turut kelihatan bahagia memegang perut Elvina yang semakin menampakkan bentuk ‘baby bump’.
“Kami tidak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menzahirkan keterujaan selain mendoakan yang baik-baik buat Elvina dan bayi yang dikandungnya itu.
Sekadar informasi,, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Haniff Borhan pada tanngal 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulungnyta, Karl Mateen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...