
Jisoo BLACKPINK sekali lagi mengalahkan wanita-wanita cantik di dunia dan tampil sebagai wanita tercantik di dunia 2024.
Menurut laporan dari Nubia Magazine, Jisoo BLACKPINK dinobat sebagai wanita tercantik didunia selepas lima bulan, tinjauan dan undian global “Wanita Tercantik Di Dunia” edisi 2024 telah berakhir pada hujung Oktober lalu.
Lantas, hal ini mengalahkan kecantikkan Dilraba Dilmurat, Hande Erçel Dan Zendaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali DILRABA DILMURAT, Wanita Etnik Uighur Tercantik Di Asia
Acara yang dinanti-nantikan setiap tahun ini telah mengumpul lebih daripada 900 ribu undian daripada 126 negara di seluruh dunia termasuklah Mexico, China, Thailand, Brazil. Indonesia, Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan banyak lagi.
Selepas undian ditutup, pemenang untuk acara ini tidak lain tidak bukan, dimenangi oleh selebriti Korea Selatan iaitu BLACKPINK Jisoo. Jisoo telah mengumpul lebih 300,000 undian daripada 106 negara. Pencapaian ini menjadikan Jisoo sebagai “Wanita Tercantik Di Dunia” pada tahun 2024.
Manakala untuk tempat kedua dimenangi oleh bekas ahli Momoland iaitu Nancy Jewel McDonie dan tempat ketiga pula diberikan kepada aktres Turkiye iaitu Hande Erçel.
Untuk senarai Top 10 bagi acara “Wanita Tercantik Di Dunia” bagi edisi 2024:
- BLACKPINK Jisoo
- Nancy Jewel McDonie
- Hande Erçel
- IVE Wonyoung
- Dilraba Dilmurat
- Sydney Sweeney
- Zendaya
- BLACKPINK Rosé
- Ariana Grande
- Sila Türkoğlu
Wah hebatnya, tahniah Jisoo!
BACA LAGI : Kenali DILRABA DILMURAT, Wanita Etnik Uighur Tercantik Di Asia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hati-Hati Bila Ada 4 Tanda Ini, Itu Petanda Ada Masalah Tulang Bengkok @ Skoliosis

Masalah tulang bengkok atau juga skoliosis bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
Bagi korang yang mungkin nak tahu apa tanda-tanda awal penyakit ini, bacalah perkongsian dari doktor perubatan, Dr Latif Saad dalam perkongsian pagenya, The Diagnosa.
Skoliosis adalah keadaan dimana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Ianya selalu berlaku ketika mana ketinggian badan sedang meningkat dengan pesat iaitu pada golongan remaja.
Perkataan skoliosis sebenarnya berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud melengkung atau membengkok. Dalam perubatan pula ianya secara spesifik digunakan bagi mengambarkan tulang belakang yang bengkok.
Kes skoliosis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
- Congenital – Bermaksud berlaku sejak lahir lagi.
- Acquired – Bermaksud berlaku selepas daripada kelahiran. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai punca yang jelas kepada masalah tersebut. Punca yang tidak jelas ini dipanggil sebagai idioptahic. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah cerebral palsy dan juga muscular dystrophy
Kebanyakan kes skoliosis adalah sangat sedikit dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit. Tetapi jika lengkungan tulang belakang itu adalah teruk, ia boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan betul.
Kanak-kanak yang mempunyai skoliosis yang tidak teruk selalunya hanya akan dipantau sahaja untuk melihat sama ada tulang itu semakin membengkok ataupun tidak.
Apakah tanda-tanda skoliosis?
Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami skoliosis. Ia adalah:
- Bahu yang tidak sama paras. Satu tinggi dan satu rendah
- Sebelah bahagian tulang belikat nampak lebih jelas berbanding sebelah yang lain
- Pinggang yang tidak sama para
- Bila menunduk, kelihatan bahagian belakangnya tidak lurus.
Faktor risiko
Faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami skoliosis ialah:
- Usia: Selalunya simptom akan muncul pada waktu akil baligh
- Jantina: Kedua-dua jantina boleh menghadapi masalah ini. Tetapi ianya selalu berlaku pada kaum wanita
- Sejarah keluarga: Skoliosis boleh berlaku di dalam keluarga yang sama.
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Tetapi selalunya ia berlaku pada mereka yang mengalami lengkungan tulang belakang yang teruk. Beberapa komplikasi tersebut adalah:
- Tekanan pada paru-paru dan jantung. Dalam skoliosis yang teruk, Perkembangan paru-paru terjejas menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan sepenuhnya
- Masalah belakang: Skoliosis juga akan menyebabkan sakit belakang yang kronik pada pesakit.
Penyiasatan
Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk melihat sama ada terdapat tanda-tanda skoliosis yang diceritakan seperti di atas.
X-ray dada
X-ray dada pula dibuat untuk mengesahkan diagnosis skoliosis tersebut. Daripada x-ray dada, tulang belakang akan kelihatan membengkok sama ada ke kiri atau ke kanan.
Apakah rawatan skoliosis?
Jika skoliosis tersebut terlalu sedikit, selalunya doktor tidak akan melakukan apa-apa rawatan dan hanya lebih kepada pemantauan.
1. Senaman Schroth
Jika skoliosis itu sedikit teruk, pesakit selalunya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman Schroth. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang lemah dibahagian belakang badan.
2. Braces(Pendakap badan)
Jika pesakit adalah kanak-kanak yang masih lagi membesar dan sudut lengkungan tulang belakang itu melebihi 20 darjah, maka adalah disyorkan menggunakan pendakap badan ataupun braces bagi mengekang tulang berlakang tersebut menjadi lebih bengkok.
Kebanyakan jenis braces ini diperbuat daripada plastik. Selalunya ia akan dipakai pada waktu pagi dan malam. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan atau permaianan perlulah menanggalkan braces ini terlebih dahulu.
Pesakit tidak lagi perlu memakai braces ini ketika ketinggiannya sudah tidak bertambah.
3. Pembedahan
Jika sudut lengkungan itu melebihi 45 darjah, pesakit selalunya akan disyorkan melakukan pembedahan untuk meluruskan tulang belakang tersebut.
Selepas pembedahan dibuat, tulang belakang menjadi lurus
Rujukan:
- Scoliosis in children and adolescents. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. https://www.niams.nih.gov/health-topics/scoliosis. Accessed May 3, 2019.
- Introduction to scoliosis. American Academy of Orthopaedic Surgeons. https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/introduction-to-scoliosis. Accessed May 3, 2019.
- Shands AR. End result of the treatment of idiopathic scoliosis. Journal of Bone and Joint Surgery. 1941;23:963.
Pemenang Tempat Ketiga Miss Universe 2021, Lalela Mswane Dipilih Miss Supranational Afrika Selatan Baharu

Organisasi Miss South Africa baru baru ini telah mengejutkan dunia ratu cantik apabila mengumumkan pemenang Miss South Africa 2021, Lalela Mswane yang juga pemenang tempat ketiga Miss Universe 2021, bakal mewakili negara tersebut ke pertandingan Miss Supranational 2022 yang bakal berlangsung di Poland pada Julai akan datang.
Dalam pengumuman yang dilakukan di laman Twitter organisasi berkenaan, tertulis, “Kami sangat teruja untuk mengumumkan yang Miss South Africa 2021, Lalela Mswane akan mewakili negara ke edisi ke-13 Miss Supranational 2022 di Poland. Sama-sama kita menyokongnya seiring dengan kembalinya dia ke pentas antarabangsa.”
Keputusan untuk menghantar Lalela ini sebenarnya mengejutkan segelintir pageant lovers kerana sebelum ini kebiasaannya wakil ke Miss Supranational dipilih dari pemenang tempat kedua atau ketiga Miss South Africa.
Misalnya pada tahun 2020, pemenang tempat pertama dihantar ke Miss World, pemenang tempat kedua dihantar ke Miss Supranational dan pemenang tempat ketiga dihantar ke Miss Universe. Tiga pemenang utama mendapat peluang mewakili negeri masing-masing.
Namun tahun ini nampaknya organisasi Miss South Africa mengambil strategi berbeza. Dan organisasi menjelaskan, “Pandemik Covid-19 telah memaksa banyak acara untuk ditangguhkan, dan ini telah menyebabkan kekeliruan di sekitar pertandingan yang berbeza dan bila ia akan diadakan.
“Bukanlah perkara yang janggal wakil yang sama menyertai lebih daripada satu pertandingan antarabangsa sepanjang mereka bergelar Miss South Africa sekiranya tarikh dan garis masa pertandingan antarabangsa tidak bercanggah antara satu sama lain.”
BACA JUGA: Puteri Indonesia Aceh Santun Berhijab, Lambang Negeri Yang Mengamalkan Undang-Undang Syariah
Jika dilihat daripada sejarah negara ini dalam pertandingan Miss Supranational, Afrika Selatan masih belum pernah menggondol tempat sebagai juara tetapi wakil mereka bagi edisi 2021, Thato Mosehle berjaya merada dalam kedudukan tempat ketiga. Thato merupakan pemenang tempat kedua Miss South Africa 2020.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: news24.com
Muslimah Girls Pun Boleh Tiru Fesyen K-pop Idols, Lihat 4 Cara Kami ‘Mix & Match’ Di Lazada Je!

Isi Kandungan
ToggleMusim konsert terus mengungguli dunia hiburan selepas dunia kembali ‘bernafas’ susulan pandemik yang dialami oleh kita semua. Bagi dunia hiburan K-pop khususnya, saban bulan pasti muncul lagu-lagu hit yang akan menjadi siulan ramai dan mendaki carta antarabangsa.
Apa yang membuat penyanyi serta kumpulan K-pop mampu mengekalkan daya tarik mereka dalam kalangan peminat di seluruh dunia tidak hanya terletak kepada betapa catchy muzik yang dilancarkan oleh mereka. Ia lebih daripada itu apabila segala-galanya tentang mereka menjadi ikutan ramai termasuklah gaya fesyen ‘K-pop Idols’ ini.
Setiap kali melakukan persembahan comeback stage yang menandakan era baharu bagi mereka, pastinya gaya fesyen turut disuntik dengan kreativiti sang penata gaya lalu membuatkannya menjadi ikutan semua orang. Cuma kadangkala, apa yang digayakan oleh idola anda ini tidak terlalu bersesuaian dengan budaya tatagaya masyarakat di Malaysia. Ramai saja peminat dalam kalangan gadis Muslimah yang teringin untuk mencedok idea fesyen artis K-pop terkenal namun ragu-ragu bagaimana untuk melakukannya.
Nah! REMAJA senaraikan empat gaya fesyen artis K-pop wanita yang baru sahaja melakukan persembahan comeback stage di program hiburan di Korea Selatan pada tahun ini. Jika korang adalah peminat Girl’s Generation, Lisa Blackpink, Nayeon ataupun TWICE, jom lihat bagaimana REMAJA suai padankan pakaian serta aksesori yang boleh korang perolehi di platform Lazada sahaja. Cantik dan berbaloi harga, why not!
SNSD FOREVER 1
KARDIGAN RM31.00 : DAPATKAN DI SINI
SELUAR DENIM ‘STRAIGHT CUT’ RM32.65 : DAPATKAN DI SINI
KASUT CONVERSE RM239.90 : DAPATKAN DI SINI
LISA BLACKPINK PINK VENOM
KEMEJA ‘PLAID’ RM70.50 : DAPATKAN DI SINI
SELUAR ELASTIK RM26.40 : DAPATKAN DI SINI
TOPI ‘BEANIE’ RM22.28 : DAPATKAN DI SINI
SARUNG TANGAN ‘NET’ RM4.41 : DAPATKAN DI SINI
NAYEON TWICE POP
‘CROP TOP BUTTERFLY JEANS’ RM47.07 : DAPATKAN DI SINI
JAKET SEKUIN RM139.31 : DAPATKAN DI SINI
SELUAR DENIM RM38.90 : DAPATKAN DI SINI
‘TURTLENECK’ RM159.40 : DAPATKAN DI SINI
TWICE TALK THAT TALK
BLAUS SATIN RM34.00 : DAPATKAN DI SINI
BUT ‘BEIGE’ RM58.50 : DAPATKAN DI SINI
TALI PINGGANG RM14.34 : DAPATKAN DI SINI
*
Jangan terkejut pula jika ada yang memuji gaya anda persis idola K-pop pula selepas ini, hehe..
Tidak salah pun untuk bergaya asalkan anda kekalkan sisi Muslimah yang dibawa selama ini. KEBETULAN PULA, Lazada bakal menawarkan pelbagai promosi sempena jualan sehari terbesar Lazada 11.11 yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Layari aplikasi Lazada pada 11 November ini dari jam 3 petang hingga 5 petang kerana pelbagai hadiah boleh anda menangi pada sepanjang dua jam itu.
Bagi pembeli pertama untuk setiap minit yang mendapatkan mana-mana barangan fesyen akan memenangi hadiah secara rawak daripada jenama seperti HABIB, Lazo Diamond, BONIA, Wanderlust+co dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, ‘Lazada Bonus’ bernilai RM10 juga ada ditawarkan bagi setiap pembelian bernilai RM100 di samping diskaun ‘stackable’ 90% bagi barangan fesyen. Bagaikan mimpi, bukan! Rebut juga peluang mendapatkan ribuan baucar penghantaran percuma tanpa nilai perbelanjaan minimum pada 11.11 nanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan sehari terbesar ini, layari laman web Lazada, platform Facebook Lazada dan Instagram Lazada,
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.