
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan baharunya, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di platform Threads. pasangan tersebut difahamkan mengambil keberkatan bulan Syawal kali ini untuk bergelar suami isteri yang sah bertempat di kediaman Jofliam.
Menariknya, bukan hanya warganet yang mengambil maklum akan penyatuan merpati dua sejoli tersebut tetapi juga bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud menerusi entri terbaru di Instagram dilihat seolah-olah menyindir usahawan piza itu dan isteri baharunya dalam bentuk ‘ucapan tahniah’.
“Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan, “Tahniah Han dan Yuki dapat bibik baru.
“Untuk Qurqy (panggilan buat Dewi), good luck melayan tantrum abiang (panggilan buat Jofliam).
“Jaga abiang elok-elok sebab abiang memang lemah dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abiang curang lagi, bolehlah sorok abiang dalam almari.
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell.
“Sekian terima kasut,” coret Cik Epal.
Untuk pengetahuan korang, nama Dewi sebelum ini hangat akibat dituduh sebagai insan ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Jofliam yang terjalin sejak 1 Jun 2014.
Tidak lama selepas itu, Jofliam mengakui sememangnya sedang bercinta dengan Dewi dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Setelah penceraian Jofliam dan Cik Epal selesai pada tahun lalu, timbul pula isu hak penjagaan dua orang cahaya mata mereka bernama Han dan Yuki yang dimuat naik sendiri oleh dua bekas pasangan berkenaan ke media sosial; lalu mengundang persepsi tidak manis dalam kalangan warganet.