Jaguh Muay Thai tanah air, Johan Ghazali tampil mendedahkan dia ditawarkan wang berjumlah RM200,000 daripada seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘mami’.
Tanpa mendedahkan lebih lanjut motif wanita itu menawarkan wang berkenaan, remaja berusia 18 tahun itu berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya pada 4 Julai lalu di Instastory miliknya.
“Hi, Johan mami nak bayar you 200k (RM200,000),” tulis wanita terbabit.
Bagaimanapun, Johan hanya membalas mesej berkenaan baru-baru ini, dipercayai pada Selasa sambil memberikan nombor akaun bank miliknya.
Ads
Tanpa menyangka dia sebenarnya sudah mendedahkan nombor akaun peribadi kepada lebih 418,000 pengikut di Instagram, Johan akhirnya berdepan satu lagi ‘masalah’.
Sejak daripada itu, akaun bank Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship berkenaan dihujani dengan transaksi daripada orang ramai.
Rata-ratanya cuba bergurau dengan ada dalam kalangan mereka melakukan transaksi serendah satu sen.
Berdasarkan tangkap layar dikongsikan Johan, jumlah paling tinggi yang diterimanya adalah daripada seorang lelaki iaitu sebanyak RM345.67.
Ads
Enggan membiarkan gurauan itu berterusan, Johan kemudiannya meminta agar orang ramai berhenti memberikan wang kepadanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Jojo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana kita tahu di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia menerima beberapa jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan sebagainya secara random dan tidak boleh dipilih.
Kehadiran vaksin ini membuatkan orang ramai teruja sekaligus membuatkan ramai yang berminat untuk mendapatkannya dalam usaha untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak COVID-19 dan memudahkan pergerakan pada masa akan datang terutamanya bagi orang Islam untuk pergi menunaikan Umrah dan juga Haji.
Namun, sebelum ini ada mengatakan vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini tidak diterima oleh Kerajaan Arab Saudi lantas membantutkan niat kita untuk menunaikan rukan Islam ke lima itu.
Walaupun WHO telah membuat kenyataan vaksin Sinovac ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Baru-baru ini ada berita gembira dan memberi sinar buat penerima vaksin Sinovac. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebooknya.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.
“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.
“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac,” katanya.
Untuk info, sebelum ini kerajaan Arab Saudi tidak memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut. Hanya Pfizer dan AstraZeneca disenaraikan oleh kerajaan Arab Saudi bagi kemasukan negara tersebut sebelum ini.
Alhamdulillah, lepas kerajaan umum sempadan dibuka boleh la kita pergi menunaikan umrah satu keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular foto keadaan sesak di Bukit Broga selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kesesakan ini dikatakan mungkin berpunca daripada kawalan kendiri yang dilakukan oleh pemilik tanah dan pengendali parkir di kawasan tersebut.
Justeru itu, lokasi hiking pilihan masyarakat Malaysia ini bakal ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) mulai 27 Jun ini.
Menurut APM Daerah Hulu Langat, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020.
Hm, ada baiknya juga sekiranya Bukit Broga ditutup sementara bagi menguatkan lagi sistem SOP sebelum dibuka semula. Nanti tak semena-mena timbul pula kluster Broga.
Selama 60 tahun Barisan Nasional memerintah negara, saban masa akan ada saja cerita yang boleh menjadi bualan masyarakat. Sudah tentunya perkenalan Sistem Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) menjadi topik utama masyarakat sejak tiga tahun lalu. Belum lagi isu IMDB, masalah pengangguran, masalah harga rumah naik mendadak dan banyak lagi.
Di awal pengenalannya, sistem GST ini dikatakan bakal mengurangkan harga barangan tetapi ironinya ia langsung tidak berlaku kerana tidak tahu di mana silapnya GST benar-benar menghantui minda rakyat sehingga wujud tsunami politik di luar jangkaan semua.
Hari ini, Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke 14 di mana rakyat menolak kepimpinan sebelum ini iaitu Kerajaan Barisan Nasional. Berakhirnya era Barisan Nasional maka secara automatik, semua Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya akan datang dari Pakatan Harapan yang diwakili beberapa komponen parti politik yang membentuk sebuah kerajaan baru.
Tapi sudah pasti, rakyat Malaysia tak akan melupakan sama sekali bekas-bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang sering memberikan kenyataan lucu yang boleh ditafsirkan oleh rakyat sebagai “kenyataan kurang cerdik”, “kenyataan menyakitkan hati”, kenyataan beri panas” serta berbagai-bagai istilah sehingga wujud beberapa kata-kata kurang sopan kononnya Menteri UMNO tidak mempamerkan keintelektualan mereka semasa memberi kenyataan.
Jom tengok, siapa bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang cukup popular dengan kenyataan-kenyataan “lucu” mereka sebelum ini.
Menduduki carta pertama sudah pastinya Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan & Industri. Beliau menang di peringkat Parlimen Pontian dalam PRU ke 14 semalam tetapi sayang ia tidak membawa sebarang makna lagi.
“Nasi Goreng GST”
Kenyataan lucu paling diingati oleh rakyat darinya tentunya NASI GORENG GST yang dimasaknya sejak isu GST timbul. Niatnya mungkin baik iaitu mengajak rakyat berjimat di saat semua orang mengeluh harga makanan mahal. Tetapi dirinya “ditolak” dan menjadi bualan kerana perbualannya dianggap sangat melucukan. Begitu juga gambarnya duduk bersandar di airport dan keadaan dirinya menoreh getah. Sudah pasti, dia antara paling diingati.
“Bangun awal pagi untuk elak tol”
Isu tol ini memang sensitifkan. Namun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli MP Kota Belud iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah memberi satu cadangan kepada rakyat supaya invest masa untuk bangun lebih awal agar dapat mengelakkan kesesakan melalui jalan yang tidak bertol. Hrmmm, statement nie memang boleh bikin panaskan.
Tapi paling diingati adalah kenyataannya mengenai siapa MO1 ketika isu IMDB tengah panas. Ermm, kita pasti rindukan kenyataan sebeginikan untuk tempoh 5 tahun akan datang.
“Orang Tua Idea Lama”
Ketiga sudah tentunya, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang sering “membalas” dan memberi smash kepada Tun Mahathir yang dianggapnya “orang tua” yang sering memberi idea lapuk. Beliau pernah melontarkan “balingan padu” dengan berkata banyak idea Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara perlu dilakukan, sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.
Malah beliau menasihati bekas Perdana Menteri itu supaya perlu meningkatkan pengetahuannya mengenai bagaimana sesuatu perkara dilakukan pada masa kini dan apa maksud perkataan globalisasi.
“Dunia kini tanpa sempadan dan Dr Mahathir perlu menerima keadaan ini,” katanya menerusi catatan dalam blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/. Nampaknya, “smash padunya” mungkin terlantun semula kerana Tun M dianggap sebagai pemimpin paling berpengaruh dengan keputusan PRU semalam.
“Logo Beruk Jadi Perhatian”
Carta keempat sudah pastinya Bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang selalu mengeluarkan “kata-kata panas” terhadap Tun M. Sebagai orang lama dalam bekas kabinet semua tahu tentang kelantangannya dalam membela bekas “bosnya”. Tapi kuasa rakyat mengatasi segalanya dan ini terbukti sejak semalam.
Paling diingati mungkin berkaitan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang mendapat kritikan ramai kerana “agak buruk”. Tapi Nazri tetap Nazri, beliau tetap mempertahankannya kerana semasa dilancarkan di ChiangMai, Nazri Aziz akui pelancong luar menyukainya. Padahal siap rakyat Malaysia draw logo lagi cantik. Siapa setuju part nie!
“Takut orang tua dalam politik”
Isu ini timbul bila kecoh tentang kenyataan orang tua dalam politik. Bekas Menteri Belia dan Sukan ini menyifatkan saranannya untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari politik sebagai satu tindakan kasih sayang.
“Saya sayang orang tua, sebab tu saya minta dia bersara,” jawabnya ringkas. Nampaknya selepas ini, jarang-jaranglah dapat kita tengok Menteri yang disukai orang muda terutama gadis-gadis kerana TALL, DARK & HANDSOME. Aduhai!
“Ayam Mahal, Jangan Makan Ayam”. Statement paling win!
Tentu korang pernah ingat kenyataan inikan. Ia dikeluarkan pada tahun 2013 yang pernah disarankan oleh Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek yang kini tidak lagi aktif politik. Bayangkan di saat orang ramai sudah biasa makan KFC, ayam goreng pedas McD, tiba-tiba disarankan jangan makan ayam sedangkan tugas menteri di jabatannya adalah untuk memantau harga barangan.
Kenyataannya biar disifat sebagai paling lucu, dan sehingga kini tetap diingati oleh kebanyakan rakyat. WIN kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...