Setelah dua bulan ‘senyap’ tanpa sebarang aksi di gelanggang, jaguh muda Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar kini seolah-olah memberi petunjuk bahawa beliau mungkin akan kembali ke pentas pertarungan.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini, atlet yang berusia 21 tahun  teruja untuk kembali bergelar juara dan memberitahu beliau sudah kembali berlatih di Kem Latihan Superborn di Bangkok, Thailand sejak beberapa hari lalu.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Jojo masih belum mendedahkan pertarungan seterusnya, namun komitmennya di gelanggang latihan menyemarakkan lagi jiwa untuk misi lebih besar.

Johan Jojo Ghazali Kembali Ke Bangkok! Beri ‘Hint’ Sedia Gegar Pentas ONE Championship
Kredit: Instagram Johan Jojo Ghazali
Johan Jojo Ghazali Kembali Ke Bangkok! Beri ‘Hint’ Sedia Gegar Pentas ONE Championship
Kredit: Instagram Johan Jojo Ghazali

“Tinggalkan rumah untuk tukar impian jadi realiti. Bangkok saya datang”

Ads

“Tunggu khabar pertarungan (seterusnya). Malaysia Boleh! InsyaAllah let’s go!” tulis Jojo.

Pada Januari lalu, Jojo tumpas di tangan lawan dari Colombia, Johan Estupinan menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 di Bangkok.

Ads

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua beliau dalam lapan pertarungan ONE Championship selepas turut tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun 2024.

Ads

Jojo akhirnya bangkit tiga bulan selepas itu selepas berjaya menumbangkan jaguh Mexico, Josue Cruz menerusi KO pada ONE 168 di Colorado, Amerika Syarikat untuk kemenangan keenamnya.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI