Alhamdulillah, murah rezeki Tuanku dan berita baik untuk rakyat negeri Johor terutamanya.
Menerusi satu muat naik di akaun Facebook rasmi Baginda pada hari Sabtu yang lepas, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini, di tapak projek di Pengerang. Ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.
Dijangka siap dua tahun lagi, “Taman Solar Sultan Ibrahim” ini akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi Negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini.
“Projek ini bukan sahaja berupa meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharui secara mesra alam di peringkat antarabangsa.
“Kita bersyukur kerana Johor antara negeri diberkati dengan waktu pancaran matahari yang tinggi. Sudah sampai masanya, kita meneroka sumber ini untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa serta menyumbang kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharui,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).
Untuk info, tenaga solar dihasilkan daripada radiasi cahaya matahari. Matahari adalah sumber tenaga yang sangat kuat dan sumber tenaga ini boleh dimanfaatkan dengan pemasangan panel solar. Tapi korang tahu tak apa kelebihannya tenaga solar ini?
1. Tenaga Solar Baik untuk Persekitaran
Tenaga solar ialah sumber tenaga yang bersih, selamat dan mesra alam. Bukan itu sahaja, tenaga boleh diperbaharui ini tidak melepaskan sebarang gas rumah hijau. Ia hanya memerlukan sumber air bersih untuk berfungsi.
2. Mengurangkan Kos Tenaga Elektrik
Tenaga tradisional sangat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli. Bukan sahaja tidak baik untuk alam sekitar tetapi juga ia sumber terhad. Berbeza dengan elektrik suria, korang tidak perlu risau berapa banyak elektrik anda perlu bayar.
3. Tenaga Solar Boleh Digunakan Pada Kawasan Tanah Terbiar
Ladang suria panel digunakan untuk menuai tenaga solar dalam jumlah besar. Daripada tanah dibiarkan lebih baik ia digunakan untuk menjana tenaga solar. Ia bukan sahaja mengurangkan pergantungan terhadap kuasa tradisional tetapi juga dapat menjaga alam sekitar. Sebagai contoh, sebuah ladang suria seluas 45 ekar telah dibina di UK baru-baru ini mampu menguasai 2,500 rumah.
4. Tenaga Solar Lebih Selamat
Apabila menggunakan tenaga solar, korang tidak perlu berhadapan dengan masalah blackout lagi. Jika panel solar anda menjana lebih elektrik, lebihan tersebut akan dieksport kembali ke grid dan akan menerima pembayaran bonus untuk jumlah tersebut.
6. Tenaga Solar Menawarkan Pekerjaan
Tenaga solar boleh membantu ekonomi negara kita. Lebih ramai orang memilih solar, maka lebih banyak keperluan untuk syarikat memasang panel solar. Ini sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan tambahan untuk pekerja mahir, dan seterusnya mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
7. Tenaga Solar Adalah Sumber Tenaga Percuma
Matahari memberikan kita sumber tenaga percuma lebih daripada yang kita gunakan dan tiada siapa yang boleh memonopoli cahaya matahari. Sistem tenaga suria mula menjimatkan wang dari saat ia diaktifkan, bagaimanapun kelebihan tenaga suria dapat dilihat dalam jangka panjang. Semakin lama anda menggunakan sistem tenaga solar, semakin banyak manfaat teknologi solar anda nikmati dan sekaligus baik anda menjaga alam sekitar.
Sumber : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar , Revotech.my