Berita

Johor Kembali Berhujung Minggu Pada Sabtu & Ahad, Bermula 1 Januari 2025

Share

Negeri Johor akan kembali menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hari hujung minggu bermula 1 Januari 2025.

Perubahan ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, dalam satu sidang media sebelum ini.

Malah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkongsi menerusi laman media sosial baginda mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.

“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” ujarnya.

Johor sebelum ini menetapkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu sejak 1 Januari 2014, bertujuan memberi lebih banyak masa untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa. Namun begitu, berdasarkan kajian terbaru, ramai pihak menyuarakan keperluan untuk menyelaraskan semula hari cuti hujung minggu dengan kebanyakan negeri lain di Malaysia dan perniagaan antarabangsa yang kebanyakannya beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.

BACA LAGI : Kisah Inspirasi Seorang Tukang Cuci Dari Johor, Raih Pendapatan Cecah RM 8,000 Sebulan!

Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor & Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana