Hujung minggu lalu menyaksikan pertemuan penting di antara Presiden Indonesia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat aeroangkasa, Elon Musk. Bertempat di SpaceX di Boca Chica, Amerika Syarikat; Presiden Joko Widodo (Jokowi) disambut oleh Musk sendiri sebelum beliauu dibawa bagi meninjau kemudahan di SpaceX.
Pertemuan bersejarah itu adalah susulan daripada perbincangan Musk bersama Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan yang antaranya menyetuh aspek pelaburan, teknologi dan inovasi bersama Indonesia.
Menurut kenyataan daripada pihak Musk, beliau dan pasukannya amat tertarik dengan masa depan Indonesia. “Saya rasa Indonesia memiliki potensi yang besar dan saya rasa kita melalui Tesla dan SpaceX akan mencuba beberapa kerjasama dengan Indonesia.
“Apalagi Indonesia memiliki jumlah populasi dan terus berkembang. Ini bagus kerana kita memerlukan banyak orang di masa depan (tenaga kerja),” kata Musk lagi.
Untuk pengetahuan pada Disember tahun lalu, Tesla telah menyatakan hasrat untuk melabur di Indonesia dan menjadikan negra itu sebagai hab bateri Li-io terbesar di dunia. Bagi pihak kerajaan Indonesia pula, Jokowi kini merancang menjadikan Indonesia sebagai pengeluar terbesar bateri lithium, malah katanya Indonesia mempunyai simpanan nikel terbesar.
Menariknya, lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat baru-baru ini juga ada menyentuh mengenai hasratnya untuk melihat menjadikan negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengalu-alukan pelaburan oleh syarikat dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik ke Malaysia termasuklah – well – Tesla.
“Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik,” katanya di sebuah hotel di Washington DC baru-baru ini kepada rakan media dari Malaysia.
Ads
Menurut beliau lagi, masa depan kenderaan elektrik atau EV di Malaysia kini cerah setelah masyarakat kita kini lebih sedar akan kepentingannya untuk alam sekitar. Malah ia juga memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar serta senyap.
Dengan jenama-jenama syarikat automotif yang mengeluarkan kenderaan EV semakin meluas termasuklah Tesla, MG, Audi, Mercedes-benz, Volvo, Hyundai, Porsche dan BMW, pembeli kenderaan EV di Malaysia diberikan pula insentif pengecualian cukai import dan beberapa lagi insentif lain.
Dalam rangka lawatan kerja selama empat hari di Amerika Syarikat, Perdana Menteri turut menemui Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN lain.
Hhm, dua negara berjiran sedang merebut peluang daripada syarikat antarabangsa yang sama. Negara mana yang akan muncul sebagai pemenang agaknya..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah sekian lama peminat Apple tempatan inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati semakin ‘membusung’ para pengguna peranti tersebut selepas melihat Apple Store telah dibuka di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, sementara Malaysia seakan ‘dilupakan’.
Baru-baru ini, foto yang didakwa adalah Apple Store pertama di Malaysia yang muncul di forum Skyscrapercity telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi media sosial, lokasi tersebut dikatakan terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas bahawa logo Apple yang bercahaya sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Bagaimanapun, foto yang tular tersebut tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah besi yang menghalang ia untuk gambar berkenaan lebih jelas ‘ditangkap’ ekoran kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan.
Meneliti gambar tular itu lagi, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Susulan satu babak kontroversi yang didakwa menggunakan ayat berbaur lucah dalam sebuah siri drama berjudul Kudeta, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi hantaran di entri Facebook, beliau memuat naik satu kenyataan pemohonan maaf tersebut kepada masyarakat terutama para penonton demi menghormati sensitiviti ramai pihak.
“Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kepada kaum wanita di mana jua kalian berada. Saya menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat.
“Namun, ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya. Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
“Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum.
Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan. Saya juga berharap pihak Astro boleh menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam turut mengajak orang ramai untuk menonton naskhah berkenaan yang mempunyai banyak pengajaran yang penonton boleh peroleh.
“Saya juga mengajak rakyat sekelian untuk menonton siri drama Kudeta di Astro yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut.
“Tindakan ini susulan beliau telah menerima banyak respon yang negatif serta pelbagai kecaman daripada orang ramai. Bukan itu sahaja, beliau turut akui kesal dengan tindakannya menggunakan ayat yang tidak senonoh semasa melakonkan watak terbabit,” tulisnya panjang.
Sekadar informasi, Dr. Maszlee Malik memegang watak sebagai Jamal yang merupakan seorang ahli politik yang sangat kejam, bergandingan dengan pelakon hebat seperti Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ajal maut merupakan rahsia Allah taala buat hambanya. Setiap kali mendengar berita kematian terutama melibatkan ahli keluarga, pasti jiwa dan emosi mereka yang mengalaminya dalam keadaan bersedih.
Namun pastinya lebih sedih apabila kematian itu berlaku selepas melahirkan seorang anak ke dunia. Bukan saja kehilangan sang ibu yang akan mendodoikan saat menangis tapi pastinya sang anak juga tidak akan merasai susu ibunya.
Berita seorang ibu dari Payakumbuh, Sumatera Barat Indonesia yang meninggal dunia minggu lalu selepas melahirkan bayi keduanya termasuk wajahnya yang tersenyum menjadi viral di negara jiran terbabit. Lebih menyayat hati, bukan saja meninggal dalam keadaan tersenyum, curahan hati suaminya, Firdaus Sutan Parpatiah turut mengundang sebak di hati pembaca.
Allah sebaknya. Tak boleh bayangkan perasaan begini, satu kehilangan yang begitu sukar diterima.
Perkongsian Firdaus mengenai pemergian isterinya selepas melahirkan anak keduanya mengundang simpati orang ramai
Dalam satu perkongsian di fb atas nama Firdaus Sutan Parpatiah, memetik berita dari Tribunnews, Firdaus memaklumkan isterinya meninggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan mereka, Divani Putruami. Sebelum kejadian 24 Julai lalu itu, Firdaus sempat menulis dia dan isterinya sedang berada di Rumah Sakit Dr Adnaan WD Payakumbuh, Sumatera Barat 22 Julai lalu.
Beginilah wajah arwah yang dilihat seolah-olah tersenyum dalam kematiannya selepas melahirkan bayi perempuannyaBayi kecil ini diberi nama Divani Putriami, seakan nama arwah ibunya. Cuma belakangnya saja ada lagi tambahan nama iaitu Chello Khenzi Al-ghani.
Mungkin terkesan dengan pemergian isteri tanpa terduga selepas melahirkan anak mereka, di curahan fbnya, Firdsaus berkata dia mahu memberika nama yang sama dimiliki arwah isterinya untuk anak baru dilahirkannya itu.
“Saya tidak pandai memberikan nama-nama indah untuk anak perempuan ini.”
”Ini kerana keindahan itu sudah berada di almarhum isterinya.
“ Maaf bunda, nama puteri kita. Pakai nama bunda saja.
Divani Putriami, Copy Nama Abang nya sedikit, cuma ujungnya saja Chello Khenzi Al-ghani.
Jadi nama Putri kita Divani Putriami Al-Ghani, gak apa2 kan, tulisnya.
Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk arwah. Meninggalnya dalam keadaan syahid kecil selepas melahirkan bayi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...