Demam filem zombie yang menjadi kegilaan ramai penonton pada tahun 2016, Train To Busan nampaknya masih belum reda lagi.
Mana tidaknya, Train To Busan merupakan filem paling berjaya dalam sejarah perfileman Korea Selatan di pasaran antarabangsa. Di Malaysia saja, ia berjaya mengutip jualan tiket setinggi RM21 juta sepanjang ditayangkan di pawagam.
Sambutan hangat hasil re-run filem tersebut di kaca televisyen dan secara online telah menyakinkan Resorts World Genting untuk memperkenalkan tarikan terbaru yang diinspirasikan daripada Train To Busan untuk tempoh 2 bulan sahaja bermula hari ini sehingga 1 Januari 2020.
Korang pastinya familiar dengan jalan cerita seorang ayah dan anak perempuannya yang cuba untuk bertahan semasa Korea Selatan diancam serangan zombie.
Jalan cerita yang mencemaskan itu telah diambil untuk menghasilkan pengalaman menarik di Train To Busan Horror House, di Genting Highlands. Ia mengabungkan kesan efek hebat, setting menarik serta teknologi virtual yang membolehkan pengunjung merasa takut dan berdebar.
Pertama korang akan menemui Seoul Station dan korang akan terperangkap dalam stesen keretapi besar di dunia yang dilanda oleh zombie. Kemudian terdapat sudut lain seperti di koridor, tandas, pasaraya, kafe dan ‘maze’ bercermin sebelum korang tiba di destinasi terakhir.
Seterusnya, pengunjung akan menaiki kereta api sebenar ‘Train To Busan’. Seperti yang ditunjukkan dalam filem lakonan Gong Yoo itu, korang perlu bergerak dari koc paling hadapan, ke gerabak kargo kimia, ke makmal CDC dan akhirnya ke lokasi selamat.
Itu baru sedikit, sebenarnya banyak lagi lokasi dan sudut menarik yang ditawarkan dalam Train To Busan Horror House ini.
Ia benar-benar dicipta untuk pengalaman maksima pengunjung agar mereka merasa puas dan tidak kecewa.
Bagi yang berminat untuk mencubanya, korang boleh ke Skytropolis Indoor Theme Park hari ini (pembukaan istimewa). Secara rasmi, ia dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad dari 1 November hingga 1 Disember dan pada setiap hari bermula 2 Disember hingga 1 Januari 2020.
Tiket dijual pada harga RM90 untuk kemasukan biasa dan RM80 untuk ahli Genting Rewards Club.
Jika korang berminat untuk membeli pakej kombo Train To Busan Horror House + Skytropolis Preview Pass, ia dijual pada harga RM128 seorang.
Untuk lebih info, sila layari laman web Resorts World Genting. Tiket juga boleh diberi di laman web AirAsia bagi ahli AirAsia BIG.
Enjoy!
Sumber Foto: Resorts World Genting