Siapa kata membaca buku fizikal itu membosankan, sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi?
Benar, teknologi banyak merubah cara kita semua mendapatkan informasi terkini pada setiap hari. Semudah menekan butang pada telefon pintar, kita sudahpun disajikan dengan pelbagai jenis bahan bacaan terdiri daripada pelbagai kategori.
Namun, bahan bacaan fizikal tetap mempunyai kelebihannya tersendiri yang tiada tolok gantinya. Keseronokan membelek helaian kertas baharu, mencium bau buku dan pengalaman mencari naskah fizikal dalam lautan bahan bacaan yang ditawarkan di toko buku.
Tentunya semua itu memberikan satu nikmat sentimental yang tidak sama sekali boleh dibandingkan dengan bahan e-buku.
Bukan hanya itu, kajian juga mendapati pembacaan buku fizikal juga membantu meningkatkan daya ingatan dan kefahaman serta mengurangkan isu kesihatan seperti keletihan mata dan kestabilan emosi.
Jualan Buku Terbesar di dunia iaitu Big Bad Wolf Books merupakan jualan yang sudah sinonim dengan pencinta bahan bacaan fizikal. Jutaan buku yang dijual pada harga yang kadangkala tidak masuk akal ini menjadi idaman pembeli sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2009.
Lebih daripada sekadar sebuah lagi jualan buku, Big Bad Wolf Books adalah inisiatif global untuk menggalakkan budaya membaca, mendidik, dan memperkaya hidup melalui kegembiraan mengeksplorasi buku.
Penganjur ingin mewujudkan persekitaran mesra-pembeli di mana harga buku menjadi lebih mampu milik tanpa mengira latar belakang atau pendapatan.
Menurut pengasas bersama Big Bad Wolf Books iaitu Andrew Yap, buku mempunyai kuasa untuk mengubah hidup seseorang.
“Buku ada kuasa untuk mengubah hidup. Misi kami bukan hanya untuk capai pembaca tegar, tapi untuk menginspirasikan mereka yang belum suka membaca untuk rasa kegembiraan membaca.
“Kami percaya semua orang berhak untuk belajar, berkembang, dan bermimpi melalui buku, tak kira latar belakang mereka,” ujarnya.
Tidak kiralah korang meminati bahan bacaan klasik, fiksyen, bergambar, buku kanak-kanak ataupun buku meja kopi dengan imej menarik, Big Bad Wolf Book Sale menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pembaca dari semua peringkat umur dan minat.
Dengan menawarkan buku pada diskaun sehingga 95%, promosi Big Bad Wolf Books kembali sekali lagi pada akhir tahun ini untuk direbut oleh korang semula.
Berlangsung mulai 13 Disember sehingga 19 Disember ini sepanjang 24 jam sehari di Sunway Pyramid Convention Centre, banyak sangat koleksi buku dan DISKAUN TIDAK MASUK AKAL
yang ada mereka sediakan di sana.REMAJA ingin menjemput korang untuk sama-sama kita menerokai bahan bacaan baru dan luaskan lagi skop pembacaan korang because honestly, the choices there are endless!
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadikan cuti rehat akhir tahun ini lengkap dengan masa pembacaan yang berkualiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.