Satu persatu anak Malaysia membanggakan negara di persada dunia. Terbaharu, atlet pecut asal Sarawak, Jonathan Nyepa telah berjaya merangkul pingat emas acara 100m di Kejohanan Olahraga Asia Tengah 2022 yang berlangsung di Samarkhand City, Uzbekistan.
Atlet berusia 26 tahun itu menulis menyambut kejayaannya dengan penuh kesyukuran.
Tulis Jonathan dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya, “Syukur puji Tuhan. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya dan saudara saya yang telah mendoakan kejayaan saya.
“Dan tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada jurulatih saya M. Balamurugan yang selama ini telah banyak membantu saya dari awal sampai sekarang, walaupun beberapa bulan kebelakangan ini saya terpaksa berlatih sendiri tanpa pemantauan beliau di sisi.
Ads
“Akhir sekali, kepada semua yg telah memberi sokongan dan ucapan tahniah kepada saya, Anda semua memang terbaik! God bless.”
Dalam acara tersebut, Jonathan berjaya mencatat masa 10.55 saat untuk merangkul pingat emas. Menjadikan kejayaannya untuk Malaysia lebih manis apabila rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.74 saat.
Ads
Pingat gangsa acara pula dimenangi atlet Turkmenistan, Alisher Sadulayev selepas mencatat masa 10.80 saat.
Kejohanan antarabangsa tersebut disertai lebih 230 orang atlet dari tujuh negara dalam pelbagai acara balapan dan padang yang telah berlangsung pada 24 hingga 25 September 2022 yang lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jejaka kacak berusia 21 tahun ini merupakan seorang penyanyi muda yang sudah bergiat dalam bidang seni sejak di bangku persekolahan lagi. Sudah tamat pengajian peringkat diploma di UOW Malaysia KDU University College, dia menimba ilmu dalam bidang seni hiburan selari dengan kerjayanya.
Dalam hantaran di laman Instagram serta Instastory, adik kepada Amira Othman ini berkongsi kegembiraannya kepada umum apabila dia dipilih sebagai pelajar terbaik Diploma Seni hiburan.
“Sangat bersyukur menerima anugerah Top Student Awards dalam jurusan Entertainment Arts,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Pesan yang saat ini telah ditonton sebanyak 14 juta kali di saluran YouTube.
Selain itu dia turut mendedikasikan kejayaannnya dalam pelajaran ini kepada kedua orang tuanya yang tidak penat memberi sokongan. Menulis di ruangan kapsyen Instagram, dia berkata, “Your boy has officially graduated from diploma in Entertainment Arts. This one is for you mama abah.”
Sedikit info mengenai jurusan yang dipelajari oleh Irfan, Diploma Seni Hiburan UOW Malaysia KDU memastikan pelajar didedahkan kepada pelbagai peranan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan kemahiran pengurusan untuk menjadikan mereka berbakat menyeluruh.
Program tersebut menawarkan pengalaman langsung dengan pihak profesional industri yang akan mengajar dan membimbing pelajar tentang bagaimana untuk menjenamakan dan memasarkan diri mereka supaya mereka boleh mengemudi kerjaya mereka sendiri dalam bidang yang sangat kompetitif itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Nur Arif bin Jasmin menjadi tular apabila sebelum ini penyanyi dan aktivis sosial Nurheliza Helmi memuat naik rakaman pelajar PhD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini. Bertitik mula dari video tersebut, ramai warganet yang kagum dengan jejaka tersebut yang berjuang dalam dunia akademik.
Dilahirkan pada tanggal 11 Januari 1992, jejaka berusia 30 tahun ini kini telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda. Cinta akan dunia akademik, Nur Arif kini bergelar pelajar PhD dan mendalami bidang pengajian Quran dan Sunnah.
Merupakan seorang penggemar karakter Power Rangers, Nur Arif tidak kekok berkongsi tentang obsesinya itu. Bahkan ketika di UIAM pun, dia pernah menyarungkan kostum tersebut siap dengan ‘senjata’. Selain itu dia juga gemar bermain Play-doh. Walaupun begitu, pelajaran masih menjadi keutamaan.
Baru-baru ini dalam sebuah temu bual di kaca televisyen, ketika ditanya mengenai pebelajarannya, Nur Arif menjawab, “Seronok, saya suka belajar sebab pensyarah baik. Saya suka belajar subjek hadis dan belajar macammana nak semak sumber status hadis, sebab ramai suka sebarkan hadis palsu. Dalam bidang Quran dan Sunnah belajar untuk mengkaji dan menyemak hadis.”
Pengacara kemudiannya bertanya lagi tentang cara dia menghafal hadis. Balasnya pendek, “Saya tengok je.” Ketekunan Nur Arif sebagai seorang pelajar yang dilahirkan dengan autism harus dicontohi, dia tidak menjadikan perkara itu sebagai satu halangan bahkan bercita-cita menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti.
Setiap orang dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan, begitu juga mereka yang tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU). Dalam kehidupan semua harus saling tolong menolong. Memetik pandangan Nur Arif, “Setiap OKU ada kekurangan dan ada kelebihan, tetapi boleh saling membantu mengikut kelebihan. Allah berfirman dalam surah At Tarabun, maka bertakwalah kamu kepada Allah mengikut sedaya upayamu.
“Kalau orang Autism boleh melihat, tapi orang buta tak boleh melihat. Maka yang autism bawa yang buta untuk berpimpin berjalan. Jangan jadikan alasan OKU untuk jadi lemah. Semua orang ada kekuatan tersendiri, cari kekuatan jangan fikir kelemahan. Kekuatan tu ikut kemampuan, jangan paksa.”
Dalam temu bual tersebut, Nur Arif turut disertai oleh Puan Khairiah Abdul Razak, Pegawai Psikologi UIAM dan juga Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Kelainan Upaya di Pejabat Timbalan Rektor, UIAM.
Sebenarnya ketika awal pengajian Nur Arif di UIAM, pernah terjadi satu kisah yang mengajar ramai pihak tentang indahnya Islam. Menurut perkongsian dalam portal UIAM, ketika berusia 22 tahun Nur Arif pernah menjadi imam sembahyang fardu. Namun kemudiannya terdapat Jemaah menyatakan yang solat itu tidak sah kerana dipimpin oleh individu autistik.
Dakwaan ini kemudiannya dinafikan oleh seorang pensyarah Usul Al-Fiqh yang menyedarkan orang ramai bahawa solat itu sah. Dari insiden tersebut, Arif terdorong untuk mendalami ilmu Fiqh dan Usul Al-Fiqh.
Meninjau ke Facebook Nur Arif, penulis tertarik dengan satu hantaran yang dimuat naik mengenai Pegawai Psikologi UIA, Puan Khairiah Abdul Razak. Tulisnya, “Terima kasih akak Khairiah kerana telah kutip saya waktu berada dalam buangan dunia. Ajar saya erti hidup dan teman saya bermain hingga kini.”
Menerusi hantaran ini, boleh dikatakan Puan Khairiah banyak memainkan peranan dalam mendorong Nur Arif untuk lebih maju. Selain ucapan tersebut jejaka ini juga turut memberikan serangkap pantung yang berbunyi ;
Indah Rupa Anggun Menyerlah
Memikat Hati Di Kala Pasrah
Insan Bertuah Tiada Amarah
Kakakku Sayang Kak Khairiah
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Puan Khariah merupakan individu pertama yang mendapati Arif merupakan pelajar OKU dalam spektrum autisme setelah berbual dengan jejaka tersebut ketika dia mengadu mengenai masalah yang dialaminya.Menurut perkongsiannya tatkala ditemu bual dia sendiri meneliti masalah yang dihadapi Nur Arif dan kemudiannya merujuk kepada pihak hospital untuk didiagnosis secara formal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih membanggakan apabila remaja Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia!
Terbaharu, Zulhilmi bin Zuaswa yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Sukan dari Kolej Poly-Tech Bangi ini berjaya tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik Freestylers pada Kejohanan Super Ball World Open 2023 di Prague, Czech Republic.
Pelajar berusia 20 tahun itu berjaya memperbaiki rekod peribadinya sendiri sekaligus scemerlang memajukan dirinya dari tangga ke-32 ke ranking 10 terbaik selepas persembahannya pada kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Zulhilmi merangkul kejuaraan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 pada Pertandingan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Freestyle Football Competition 2023 di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dia dijulang sebagai Juara Battle 1v1 dan memenangi Kategori “Iron Man”.
Menambah lagi portfolionya sebagai seorang atlet, Zulhilmi juga merupakan juara tiga kali berturut-turut mewakili Malaysia ke Warsaw, Poland pada tahun 2018, 2 kali Juara Indonesia Open Freestyle Football Championship tahun 2022 dan 2023 dan menduduki ranking ke-32 dunia daripada 4,000 Freestylers seluruh dunia.
Kejohanan Super Ball World Open 2023 berlangsung selama enam hari bermula 6 hingga 11 Ogos 2023, dengan menyaksikan 400 peserta dari 40 negara seluruh dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...