JORDAN Kejutkan Peminat Sukan Malaysia Dengan Ciapan & Sari Kata Bahasa Melayu

Share

 

Baru-baru ini, jenama sukan terkenal Jordan kembali dengan satu lagi keluaran kasut sukan istimewa yang dikenali sebagai Jordan Why Not .5 bersempena sambutan tahun 2022.

Ia merupakan satu projek kolaborasi terbaru Jordan bersama pemain bola keranjang Los Angelas Lakers, Russell Westbrook dan telah mencuri tumpuan peminat sukan itu dek kerana kecantikan rekaannya serta – well – disebabkan pemain itu sendiri.

Ini kerana Russell cukup dikenali sebagai seorang atlet yang agresif gerak-gerinya sewaktu membuat kemunculan di gelanggang.

Russell Westbrook. Sumber Foto : Jordan via Sole Collector

Russell juga merupakan salah seorang pemain yang tidak pernah berhenti mengimpikan gelaran juara NBA pertamanya bersama LA Lakers dan salah satu faktor pemangkin semangatnya itu adalah disebabkan kasut Jordan Why Not .5 ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Nike Lancar Aplikasi Untuk Pembeli Di Malaysia – REMAJA

Anyway, menerusi iklan promosi Jordan bagi memperkenalkan empat pilihan warna koleksi Jordan Why Not .5 ini termasuklah Inner City (perang), Childhood (ungu), Raging Grace (merah jambu neon) dan Music Hype (biru firus); Jordan telah menerima respon balas yang cukup positif di ruangan komen.

Malah, video berdurasi seminit itu juga sehingga kini telah mencatatkan 4 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 3 Januari lalu.

Sumber Foto : Jordan via Sneaker News

Tidak lama selepas itu, team Jordan telah bertindak di luar kotak dan memperkenalkan video sama dalam versi sari kata Bahasa Melayu. Hantaran bertarikh 19 Januari 2022 itu turut dimuat naik dengan kapsyen Bahasa Melayu!

Ia berbunyi, “Apabila anda berpeluang untuk terbang, usah bertanya sebabnya. Sebaliknya kata, #WhyNot (Apa Salahnya). Tanyalah melalui Russell Westbrook.”

This is so unexpected! (Ini sangat tidak ku sangka!)

Iklan versi Bahasa Melayu ini telah membuatkan pengikut Jordan di Malaysia menonton semula ciapan serta video tersebut selama beberapa kali demi memastikan ia bukanlah video yang disunting oleh pihak ketiga mahupun peminat jenama Jordan. Seperti yang dapat korang lihat pada pautan ciapan di atas, ia adalah daripada akaun rasmi Jordan sendiri.

Lihat di antara respon spontan beberapa pengguna Twitter di bawah.

Ternyata ia merupakan video ‘legit’ oleh akaun rasmi Jordan. Percubaan melakukan promosi dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa pengantara ini secara tidak langsung membuatkan REMAJA tumpang berbangga.

Ia menunjukkan bahasa kebangsaan yang kita sanjungi selama ini berjaya dimartabatkan di peringkat antarabangsa oleh jenama sepopular Jordan.

Jika orang luar pun boleh menghargai bahasa kebangsaan kita, mengapa tidak kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Betul tak?

ARTIKEL BERKAITAN : Peniaga Boleh Didenda Jika Jual Snek Tanpa Label Bahasa Melayu/Inggeris – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ