Journify, platform melancong dan gaya hidup dari Malaysia Aviation Group (MAG) baru-baru ini mengumumkan pelancaran kempen Journify Holidays istimewa untuk korang yang gemar mengelilingi dunia.

Acara yang akan berlangsung dari 3 Julai – 5 Julai minggu ini di Lot 10, Kuala Lumpur akan memuatkan banyak aktiviti menarik, promosi eksklusif  penerbangan dan pakej hotel di Journify Holidays.

Tidak cukup sekadar itu, pengunjung pun berpeluang memenangi percutian impian ke Maldives, Bangkok atau Langkawi tau!

Now that we got your attention, kami ingin kongsikan mengapa Journify yang terkenal dengan simbol bagasi jingganya ini adalah satu acara yang tidak boleh korang terlepas untuk kunjungi.

Ads

Khabarnya, ia akan menawarkan pakej tambahan baharu untuk pas perjalanan, pas masuk ke tempat tarikan menarik, pakej pelancongan dan perkhidmatan lapangan terbang.

Bukan setakat itu, korang juga boleh menempah kesemua pakej percutian tersebut sambil mengumpul Enrich Points.

Ads

Journify Holidays Mudahkan Proses Mengawal Bajet Sewaktu Merancang Percutian, Baru Berbaloi!

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kesetiaan dan Perkhidmatan Perjalanan MAG iaitu Philip See, beliau berharap agar orang ramai dapat merealisasikan impian mereka untuk menemui pengalaman pelancongan bersesuaian dengan pengurusan bajet perjalanan yang lebih cekap menerusi kempen Journify Holidays pada minggu ini.

Ads

“Apa yang penting semasa melancong adalah mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, kami memperkenal Journify Holidays, platform yang mudah digunakan pengguna kerana ia dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly…”

“Di Journify Holidays, kami ingin meraikan kegembiraan semasa melancong memandangkan kerana kami tahu masih ramai belum sedar adanya banyak tawaran menarik yang boleh mereka dapatkan melalui Journify,” katanya.

Oleh itu, sekiranya korang baru ingin berjinak-jinak menjadi solo-traveller atau ingin rancang percutian seterusnya, jangan lepaskan peluang memeriahkan acara Journify Holidays dari 3-5 Julai 2024 di Lot 10, Bukit Bintang! 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI