Jovian Mandagie Berjaya Kutip Lebih RM200,000 Hasil Jualan Amal Face Mask Palestin

Share

Tentera zionis Israel nampaknya masih lagi melakukan serangan terhadap Semenanjung Gaza dan semalam dilaporkan seramai 42 penduduk Palestin telah terkorban.

Sebagai rakyat Malaysia, selain daripada memberikan sokongan di media sosial, ramai telah bertindak untuk menyalurkan bantuan dengan memberi sumbangan kepada tabung amal Palestin.

Para selebriti juga tidak ketinggalan membuat amal dengan memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan pereka fesyen terkenal negara, Jovian Mandagie mempunyai caranya sendiri bagi membantu mendapatkan dana bantuan Palestin.

Jovian telah melancarkan jualan pelitup muka eksklusif dengan dua rekaan istimewa bendera Palestin.

Instagram: Jovian Mandagie

Dalam waktu 1 jam sahaja, ia berjaya memperoleh dana sebanyak RM65,720 dan jualan amal ini ditutup selepas 12 jam kerana mendapat permintaan yang tinggi sebanyak 4500 unit terjual dengan kutipan RM213,005.

Menurut Jovian di laman Instagramnya, jika diikutkan mereka boleh mengutip sebanyak RM1 juta kurang daripada satu minggu, tetapi oleh kerana mempunyai kekangan tenaga produksi, mereka tidak berani untuk mengambil tempahan yang banyak.

Katanya lagi, biarlah pihak mereka melangsaikan batch

pertama ini dan membuka tempahan lain selepas ini.

Jualan pelitup muka eksklusif ini 100 peratus akan disumbangkan kepada Palestin dan menurut Jovian, pihaknya akan mengemaskini tabung bantuan mana yang akan disalurkan nanti.

Kami pasti dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan bantuan dan membuka peluang untuk rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan wang kepada masyarakat di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut ini berakhir. InsyaAllah!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman