Dicanang sebagai pertunjukan fesyen terbesar yang belum pernah disaksikan di Malaysia sebelum ini, jenama Cheetah kembali ke pentas peragaan tempatan semalam setelah kali terakhir melakukannya di sini pada tahun 1989.

Bertempat di MITEC Kuala Lumpur, Cheetah Malaysia bersama Pengarah Kreatif jenama tersebut, Dato’ Jovian Mandagie membawa semula nostalgia gaya-gaya era 90-an dengan inspirasi sukan tenis daripada kejohanan Wimbledon.

Koleksi ini sekaligus menandakan permulaan baharu dalam rekaan jenama Cheetah di Malaysia selepas ini agar ia lebih dekat dengan hati pemakai muda yang menggemari trend ‘fast fashion’.

Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia
Gelanggang tenis dibina khas dalam dewan MITEC Kuala Lumpur sebagai pentas peragaan fesyen Cheetah di bawah arahan Dato’ Jovian Mandagie.

Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia

70 orang model yang terdiri daripada si cilik hinggalah model dewasa mewarnai pentas dengan variasi jenis persalinan bertemakan rekaan athleisure tenis yang masih bersesuaian untuk digayakan di luar gelanggang sukan.

Kata Dato’ Jovian Mandagie, beliau mengenang semula memori zaman kanak-kanak apabila disarungkan pakaian jenama Cheetah untuk aktiviti di sekolah. Pastinya ramai di antara kita juga memiliki perasaan tersebut apabila menyebut nama jenama tersebut.

Ads
Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia
Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia, Dato’ Jovian Mandagie.

“Koleksi ini sentimental untuk saya kerana ia mengimbau kenangan 28 tahun lalu, di mana ibu saya akan membelikan pakaian Cheetah saya untuk kelas Pendidikan Jasmani. Saya masih ingat perasaan bangga dan gembira ketika memakainya pada ketika itu.

“Lalu, peluang menghasilkan keseluruhan koleksi bersama Cheetah ini merupakan satu penghormatan untuk saya dan pasukan yang bekerja keras agar ia dapat diterima oleh golongan ‘millennial’. Kami inginkan ramai orang sedar Malaysia sebenarnya mempunyai banyak jenama hebat dalam negara untuk dibanggakan,” jelasnya.

Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia
Wajah koleksi Cheetah musim bunga/panas 2022, Daiyan Trisha dan Uriah.

Koleksi musim bunga/panas 2022 ini menggabungkan sukan dan gaya hidup agar ia menjamin nilai fesyen dan keselesaan untuk pemakai lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Pemilihan materialnya dibuat dengan teliti dan palet warna campuran yang ‘fusion’ kelihatan menyegarkan bagi pemerhati yang hadir.

Ads

Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia

REMAJA juga tertarik dengan gabungan bahagian top dan bawah termasuk seluar dan skirt dengan jenama Cheetah tertera di bahagian waistband. Ia membolehkan pemakai menyuai padan pakaian berbeza mengikut citarasa dan keperluan mereka. Hendak mix and match? Go on!

Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia

Kongsi Dato’ Jovian lagi, beliau dan Cheetah Malaysia akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu di samping mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar terus relevan dan selaras dengan keinginan pembeli muda.

Ads

Jovian Mandagie Bina Gelanggang Tenis Untuk ‘Comeback’ Cheetah Di Pentas Peragaan Malaysia

Tahniah buat team Cheetah Malaysia dan Jovian Mandagie!

ARTIKEL BERKAITAN : 2 Lagi Model Malaysia Pikat Perhatian Di Minggu Fesyen Antarabangsa – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI