Industri muzik Korea digegarkan dengan berita ahli kumpulan Red Velvet, Joy yang telah dilaporkan bercinta dengan penyanyi Crush. Sebelum ini, timbul khabar angin tentang hubungan cinta mereka dan kini Crush dan Joy disahkan sedang hangat dilamun cinta.
Menurut laporan eksklusif daripada Sports Chosun, Joy dan Crush telah jatuh hati ketika mereka bekerjasama di ‘Mayday’ pada Mei 2020.
Kedua-duanya berkawan rapat selepas kerjasama itu dan baru-baru ini perasaan itu bertukar dalam menjalin hubungan cinta.
Pihak pengurusan Crush, P-NATION menjelaskan bahawa mereka sedang meneliti laporan berita ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah memperoleh info terkini.
Tahniah buat Joy dan Crush.
Sumber: (1)
Lai Kuanlin Undur Diri Dari Dunia Muzik, Ingin Ubah Haluan Jadi Pengarah Filem
Bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal Wanna One, Lai Kuanlin atau Kuanlin baru-baru ini mengumumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk mengakhiri kerjayanya dalam industri hiburan.
Perkara itu dilaporkan oleh media Naver selepas Kuanlin memuat naik sebuah posting mengenai hal tersebut.
“Setelah membuat pertimbangan dengan berhati-hati, saya memutuskan untuk mengubah arah. Akaun ini akan dikelola oleh staff kerana terdapat perubahan dalam rancangan kerjaya saya”
Semua gambar dan perkongsian di akaun Instagram Kuanlin @official_lai_kuanlin juga telah dipadam dan ia telah diserahkan kepada pekerja untuk pengendalian seterusnya pada masa akan datang.
Bekas penyanyi itu juga difahamkan akan memilih kerjaya sebagai pengarah filem selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif sebagai penyanyi.
Lai Kuanlin sebelum ini pernah mengarah sebuah filem pendek di China selepas mempunyai konflik dengan bekas agensinya, Cube Entertainment.
Film yang berjudul The Battle of Winter and Summer berhasil memenangkan lima penghargaan, termasuk penghargaan Pengarah Terbaik, Filem Terbaik, dan Pelakon Terbaik di Prisma Roma Independent Film Awards.
Setelah berjaya menerima anugerah ini, pada tahun lalu Kuanlin dilaporkan telah mendaftar di Beijing Film Academy untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.
Setelah menemui bakatnya dalam bidang pengarahan filem, Kuanlin memutuskan untuk mengubah bidang kerjayanya dan pencen dari dunia hiburan. Keputusannya ini mendapat sokongan dan ia diterima dengan baik oleh peminat.
Sekadar info, Lai Kuanlin sebelum ini pernah menganggotai kumpulan K–Pop Wanna One selepas muncul dalam program Produce 101. Kumpulan itu telah dibubarkan pada 2019 atas beberapa sebab tertentu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usia Bukan Penghalang, Vanidah Imran Kini Graduan Sarjana Seni Persembahan Di UM
Usia bukan penghalang bagi seseorang individu untuk menuntut ilmu kerana pepatah juga ada mengatakan ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negara China’, ia bermaksud carilah ilmu seberapa banyak yang boleh.
Pelakon wanita Vanidah Imran telah membuktikan bahawa dirinya mampu mengenggam segulung Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya di usia 49 tahun. Walaupun pernah menangis, mengeluh dan terdetik untuk menarik diri, namun semangatnya untuk meneruskan pengajian kini telah membuahkan hasil.
“Hanya Allah sahaja tahu betapa saya pernah melalui fasa yang sangat sulit. Menangis jangan ceritalah. Bila sudah melalui proses pembelajaran itu, baru saya sedar bukan mudah untuk memperoleh kejayaan,”
“Semuanya harus bertitik tolak pada kesabaran dan kesungguhan. Saya bersyukur kerana dapat melalui fasa itu sekalipun saya terpaksa mengambil masa selama empat tahun untuk menyelesaikan program sarjana ini,” jelas pelakon itu.
Sokongan teman-teman seperjuangan antararanya Profesor Aminah Rapor juga menggerakkan hatinya memilih menyambung pengajian dalam bidang yang dekat dengan jiwanya.
“Saya berbangga dengan kejayaan ini, walapun saya terpaksa ambil masa empat tahun kerana sepanjang tempoh itu, saya harus beri tumpuan pada anak sulung saya yang sedang menghadapi peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia,”
“Saya harus pastikan anak saya selesaikan peperiksaan penting untuk masa depannya. Sebaik selesai urusan itu, baru saya kembali menyambung pengajian,” kata Vanidah.
Sepanjang empat tahun itu juga, selain menghadiri kuliah, Vanidah juga menyiapkan kajian ilmiah (thesis) kajian karakter dalam filem sebagai memenuhi tuntutan pengajian.
Sebelum ini, Vanidah merupakan pemegang Ijazah Pengajian Inggeris dari Open University Malaysia.
Begitulah kegigihan seorang wanita yang telah bergelar ibu untuk menyambung pelajarannya walaupun banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi buat masyarakat untuk mengejar impian dan meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik
Sumber: (1)
Gli, Si Kucing Popular Hagia Sophia Mati Pada Usia 16 Tahun.
Kalau hendak diikutkan dengan peredaran zaman kini, memang banyak haiwan peliharaan menjadi popular dengan memiliki akaun Instagram sendiri. Pastinya pemilik mereka adalah ‘mastermind’ di sebalik akaun itu.
Berbeza dengan kucing yang seekor ini, Gli, yang popular dek kecomelannya dan merupakan residen tetap bangunan bersejarah di dunia, Hagia Sophia yang terletak di Turki.
Meski pun tidak bertuan namun Gli cukup popular media sosial, kucing tidak bertuan ini popular di kalangan pelancong asing dan tempatan yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. Namun kini kelibatnya tiada lagi.
Mati pada usia 16 tahun kerana tua, kehilangan Gli pasti menjadi kesedihan dan kenangan buat semua penduduk serta pelancing yang pernah mengunjungi Hagia Sophia sementelah lokasi itu kini telah dibuka untuk tujuan menunaikan solat bagi umat Islam.
Berita kematian kucing ikonik Turki ini disampaikan sendiri oleh gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi kicauan di laman Twitter beliau. Menurutnya di dalam kicauan itu, “Kucing Hagia Sophia, Gli yang telah dirawat di klinik veterinar daerah Levent sejak 24 September lalu mati kerana usianya yang tua. Kami tidak akan pernah melupakanmu Gli.”
Seperti yang kita tahu, Istanbul adalah antara bandar yang sangat mesra haiwan terutamanya kucing dan juga anjing. Setiap haiwan yang tidak bertuan dijaga dengan baik bahkan mereka menerima rawatan dari semasa ke semasa oleh jabatan veterinar.
Sumber : Twitter Ali Yerlikaya