Bagi individu yang ingin mengambil lesen memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau e-Testing di seluruh negara bermula April depan.
Sistem e-testing ini mengukur prestasi calon melalui ujian memandu secara elektronik dan menjana keputusan ujian memandu secara terus.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata sistem bilangan pegawai penguji akan berkurangan apabila sistem ini dilaksanakan kerana ia hanya memerlukan dua penguji sahaja berbanding tujuh ketika ini memandangkan proses itu akan dibantu oleh gajet teknologi.
Menerusi e-testing, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Walau bagaimanapun, sistem ini masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya.
Sistem seumpama ini juga sudah dipraktikkan di negara seperti Korea dan Jepun, manakala negara kita sedang menuju ke arah tersebut bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.
Setakat ini, terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan korang boleh mendapatkan aplikasi e-testing ini di pusat penyedia yang dilantik oleh JPJ.
Hm, korang rasa adakah ini satu kelebihan untuk calon kerana dapat mengurangkan gementar ketika melakukan ujian nanti?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)