Air Zamzam adalah air yang berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi. Biasanya, orang Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan mengunjungi telaga Zamzam dan membawa air Zamzam pulang ke negara asal untuk disedekah atau disimpan sebagai bekalan.

Jual Air Zam-Zam Dilarang, Denda Tidak Lebih RM10 Ribu & Penjara Tidak Lebih 2 Tahun
Orang ramai yang berkunjung ke Makkah mengambil peluang minum air zam zam.

Mengamalkan minum air zam zam sangat dituntut kerana ia mempunyai banyak khasiat. Namun, disebabkan permintaan yang tinggi dan kerakusan manusia. Ada segelintir yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan dengan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini.

Namun, baru-baru ini Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu peringatan di laman Facebook rasminya mengenai larangan menjual air zamzam.

Jual Air Zam-Zam Dilarang, Denda Tidak Lebih RM10 Ribu & Penjara Tidak Lebih 2 Tahun

 

Melalui hantaran yang dibuat tersebut, ditegaskan bahawa penjualan air zamzam di Malaysia adalah dilarang sama sekali dan pihak yang melakukan perkara tersebut bakal dikenakan hukuman jika disabitkan kesalahan.

Ads

Ini susulan laporan yang diterima setiap kali kedatangan musim haji mengenai beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan membuat keuntungan mudah dengan mengimport, menjual dan mengedar air zamzam secara haram.

Air zamzam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti yang telah termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Tiada lesen yang pernah dikeluarkan oleh KKM untuk menjual air zamzam, malah kerajaan Arab Saudi turut melarang pengeksportan dan penjualannya.

Jika disabitkan dengan kesalahan mengimport, menjual dan mengedar air zamzam secara haram, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Ads

Jual Air Zam-Zam Dilarang, Denda Tidak Lebih RM10 Ribu & Penjara Tidak Lebih 2 Tahun

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan pengimportan, pengedaran dan penjualan air zamzam boleh menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web rasmi dan laman Facebook KKM.

Ads

Untuk pengtahuan korang dalam bahasa Arab, zamzam bermaksud “banyak” atau “limpahan”. Pengertian ini sesuai dengan keadaan air Zamzam yang tidak pernah kering walaupun telah digunakan selama ribuan tahun. Mengikut sejarah, air Zamzam pertama kali keluar ketika Nabi Ismail menangis kehausan di padang pasir bersama ibunya, Hajar.

Sumber : Facebook BKKM

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI