Hobi & Minat

Jualan Cecah RM3.5 Juta, Khairul Aming Luah Rasa Syukur- ‘Doakan Kita Boleh Tambah Kilang Ketiga…’

Share

Inspirasi buat usahawan muda…

Minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan membawa kejayaan pada hari ini. Bermula dengan video masakan yang acap kali menjadi sorotan di media sosial, kini personaliti media sosial dan usahawan, Khairil Aming mempunyai ’empayar’ perniagaannya sendiri.

Khairul Aming

Berkat kerja kerasnya selama ini, Khairul Amin Bin Kamarulzaman meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan produknya , Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet di dua platform jualan, Shopee dan TikTokShop sudah boleh mencecah purata RM3.5 juta setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming & Sofyank Bergabung, Sebar Kesedaran Isu Palestin

Melalui satu hantaran di platform X, Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA itu berkongsi berita gembira tersebut.

“Alhamdulillah sekarang sambal dan dendeng nyet dah boleh capai purata hasil (jualan) RM3.5 juta setiap bulan (Shopee dan TikTokShop),” tulisnya.

 

Dalam masa yang sama, KA juga menyimpan hasrat untuk menambah kilang ketiga di negeri Kelantan bagi pelancaran produk ketiga.

Sehubungan itu, usahawan berusia 32 tahun itu turut mendoakan agar perniagaannya kekal konsisten bagi merealisasikan impian berkenaan.

“Doakan kita boleh konsisten dan tambah kilang ketiga dekat Kelantan nanti untuk produk ketiga,” kongsinya di platform media sosial itu.

Tahniah KA dan team. Satu inspirasi untuk semua terutamanya golongan muda dan remaja yang nak bermula dalam perniagaan. Tiada jalan singkat, tetapi mesti ada semangat ilmu, komunasi dan wawasan yang tinggi. REMAJA tumpang bangga!

BACA LAGI  : Kegembiraan Berganda, Atlet China Dilamar Sebaik Saja Menang Pingat Emas Di Olimpik!

Sumber: X @khairulaming

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana