Inilah yang kita panggil pengaruh yang di bawa dari budaya popular. Apa yang menarik dalam kes ini ialah ia muncul dari sebuah filem yang eksklusif ditayangkan menerusi platform streaming, Netflix.
Filem instant hit ini bertajuk ‘To All the Boys I’ve Loved Before’ yang merupakan adaptasi daripada novel berjudul sama karya Jenny Han telah secara tidak sengaja melonjakkan jualan minuman yogurt iaitu Yakult.
Filem ‘To All Boys I’ve Loved Before’ ini ditayangkan secara eksklusif hanya di Netflix.
Menurut pengeluarnya iaitu Yakult Honsha CO., pihaknya mendapati kuasa product placement di dalam filem tersebut sangat berkesa walaupun ia bukanlah disengajakan untuk tujuan komersial.
Di dalam filem tersebut, salah seorang adik watak utamanya dilihat meminum minuman tersebut dan ia pantas menjadi topik hangat di Twitter.
Sekeping foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter juga menunjukkan salah seorang watak utama (yang menjadi pujaan ramai gadis) bernama Peter Kavinsky dilihat turut mengambil minuman ini.
Menerusi filem ini, mereka tidak menyebut secara khusus jenama Yakult tetapi memanggilnya sebagai ‘Korean yogurt smoothie’. Dan sebenarnya jenama Yakult ini bukanlah berasal daripada Korea tetapi negara Jepun.
Ads
Walaupun namanya tidak sekalipun disebut tetapi ia nama jenamanya jelas kelihatan pada botol yang muncul beberapa kali dalam filem tersebut.
Ads
Impak terhadap jenama Yakult juga melonjak secara tiba-tiba apabila nilai pegangang saham meningkat sebantan 2.6 peratys sejak filem itu dikeluarkan di Netflix pada 17 Ogos lalu.
Dan sehingga kini brand awareness Yakult telah meningkat terutamanya di kalangan generasi millenial yang gemarkan sesuatu yang baru, tular dan muncul dalam apa-apa filem atau drama kegemaran mereka.
Bagaimana pula di Malaysia? Well, sejauh mana ia meningkat popular kami tidak pasti. Mungkin kerana jenama minuman ini sudah terlalu biasa dalam kehidupan seharian kita. Jadi impaknya mungkin tidaklah seperti yang berlaku di luar negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kita memikirkan semua orang itu sama seperti kita, iaitu tidak akan mengambil hak orang lain khususnya di dalam kapal terbang, ternyata persepsi itu salah!.
Suatu ketika dahulu, pernah timbul isu beg penumpang yang diletakkan dalam perut kapal terbang “diselongkar” dan barang berjenama dicuri oleh pekerja syarikat penerbangan tetapi isu itu telah ditangani dengan cepat kerana ia boleh memberikan tangggapan buruk kepada syarikat penerbangan terbabit.
Tapi bagaimana jika “hand luggage” yang kita bawa naik ke atas kapal terbang dan kita rasakan selamat kerana dibawa oleh tangan kita sendiri tapi akhirnya dirembat oleh orang lain yang berpura-pura itu adalah barangnya?
Ternyata perkongsian video memaparkan seorang lelaki telah “tertangkap” kerana mengambil beg penumpang lain iaitu sebelum kapal terbang berlepas lagi.
Lelaki ini telah tertangkap kerana mencuri luggage penumpang lain ketika orang lain sibuk memasukkan beg ke dalam tempat simpanan barang. Rupanya wujud sindiketPolis dipanggil bagi membawa lelaki berkenaan turun dari kapal terbang
Hal ini telah menjadi viral dan mendapat perkongsian lebih dari 34k shares selepas pendedahan dilakukan oleh seorang penumpang yang mengalami masalah ini.
Menurut pemilik fb atas nama Faiz Mokthar, dia berkongsi pengalamannya menaiki kapal terbang MH0751 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.
Selepas meletakkan hand luggagenya ke dalam tempat simpanan barang seperti biasa di barisan kedua (dalam begnya mengandungi laptop selain mata wang asing), dia duduk di tempat seperti tertera di tiketnya. Nasib baiklah seorang rakan kongsinya yang dudud bersebelahan perasan seorang lelaki telah mengambil begnya lalu diletakkan beg berkenaan di barisan ke empat, seolah-olah beg itu miliknya. Rakannya itu pantas menyuruhnya melihat sama ada beg itu adalah miliknya atau bukan. Dan bila dia membuka tempat simpanan barang itu untuk melihat begnya, ternyata begnya sudah hilang dari tempat simpanan asal.
Bila begnya sudah hilang, dia pantas menuju ke tempat lelaki berkenaan dan bertanya tentang hal ini. Memang benar barang miliknya sudah ada dalam poket lelaki berkenaan khususnya mata wang asing (Euro dan USD).
Seperti kata Faiz, apa yang paling dirisaukannya bila travel ke negara orang ialah pasport miliknya selain jika diletakkan dadah oleh golongan suka merembat ini. silap-silap kerana perangai orang lain, kita pula ke penjara. Pandai pulakkan pencuri ini ambil kesempatan bila orang sibuk-sibuk masukkkan beg dalam tempat simpanan beg. Yalah, kadang bukan satu beg kita bawakan, ada masanya beg plastik dan sebagainya. Semuanya kita nak sumbat agar tak menganggu penumpang lain khususnya yang duduk di kerusi hujung dan sebagainya.
Bila hal ini dilaporkan kepada pramugari yang bertugas, penumpang ini tak melawan pun. Mungkin sudah pasrah dirinya tertangkap kali ini. Semua urusan security dan lain-lain urusan dapat diuruskan dengan baik. Tapi disebabkan kejadian itu, kenalah tunggu beberapa jam kerana pencuri ini perlu dibawa turun dari kapal terbang.
Tapi apa yang menakutkan, berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh pramugari, wujudnya sindiket mencuri hand luggage orang lain dan kejadian ini kerap berlaku dalam penerbangan dari China, Hong Kong dan Vietnam. Takutnyakan! Sila hati-hati ya, jangan kalut borak-borak sampaikan barang sendiri dirembat orang pun kita tak perasan.
Lebih teruk lagi kata pramugari, biasanya pencuri ini hanya membeli tiket sehala sahaja, sebagai contoh dari Hong Kong ke Kuala Lumpur. Mungkin modus operandi mereka begitu, iaitu merembat barang berharga penumpang lain, berpura-pura itu beg mereka sendiri dan kemudian “buat modal” dengan duit yang dapat untuk beli tiket lain.
Kalau dulu sebelum Air Asia perkenalkan tiket murah dan slogan Now Everyone Can Fly, kita tentu terfikir, hanya orang kaya sahaja yang boleh naik kapal terbangkan sebab tiket agak mahal, kena berbelanja di negara orang perlukan duit dan sebagainya. Tapi sekarang, lebih ramai yang suka melancong ke luar negara sebab harga tiket murah gile termasuk kos makan minum, hotel yang harganya tidak terlalu mahal khususnya ketika melancong ke negara-negara Asean.
Dalam berkongsi pengalamannya juga, Faiz mengakui kes kecurian ini dapat didepani dan ditangani dengan baik oleh semua krew Malaysia Airlines. Malah siap Ketua Pramugari Ms Mazlinda menawarkan diri membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku. Malah mereka siap membuat pengumuman agar penumpang lain berhati-hati dengan kejadian kerana bimbang ada lagi anggota sindiket yang menaiki penerbangan sama.
Bayangkan, jika seorang rakannya tidak perasan begnya dirembat oleh orang lain? Masa yang sama, bila sibuk-sibuk turun biasanya orang sibuk mengeluarkan beg masing-masing dan cctv tentu tidak dapat merakam kejadian. Sebab itu sila hati-hati ya ketika memasukkan beg iaitu hand luggage kerana bukan seorang orang ada hati yang sama macam kita iaitu tak akan ambil barang atau beg orang lain.
So, sila hati-hati ya. Hand luggage pun belum tentu selamat kerana perangai manusia ini macam-macam. Memang leceh kalau yang hilang itu adalah PASPORT. Kalau duit boleh lagi la dicari, tapi kalau pasport hilang dan sudah tiba di negara orang, memang menangis dibuatnya kerana semua urusan percutian boleh jadi spoil.
Tengok bagaimana reaksinya ketika tertangkap.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di Malaysia memang ada banyak anjing. Ada juga kes anjing mengejar orang ramai terutama anjing liar yang berkeliaran.
Namun viral baru-baru ini apabila satu video menunjukkan seorang wanita malang diserang anjing secara mengejut.
Kalau kena serang, memang boleh cedera parah kot!!! Dah la nama anjing, serang pula dalam diam, curi-curi pula serang orang!! Cubalah serang ‘time’ orang tengah ‘ready’. Memang lari tak cukup tanah la!!!!!
Seorang pengguna laman twitter dengan nama @Bukan Wanted berkongsikan video yang sadis ini.
Kes dekat taman tanjung minyak perdana. Tak pasal2 je akak ni kena serang dgn anjing ni.. kesian dia smpi luka2.. kepada owner2 anjing, tambat atau jaga la anjing korang elok2. Nnt bila org pukul ke ape ke, mula la geng2 pecinta haiwan bersuara.. pic.twitter.com/eBWT5vVsq6
Melihat video tersebut, penulis pun memang rasa seram. Tengok la macam mana dia datang berkali-kali nak gigit seakan-akan nak makan pula!!! Aiyoooo…
Kesian wanita itu. Dah la baru balik kerja, tiba-tiba kena serang macam tu!!!!!
Ngeri tengokkan….huhu
So, kalau korang kena kejar anjing liar. Ini yang perlu korang lakukan.
Buat Tidak Tahu
Jika anda didekati anjing, cuba untuk berhenti, dan berdiri seketika.
Lebih lama anda buat tidak endah, senyap sahaja, semakin kurang anjing itu berminat terhadap anda.
Jangan Cuba Mendekati
Percubaan ini akan merangsang tidak balas mangsa.
Sebolehnya jangan menunjukkan anda berniat untuk melawan, kerana ia boleh membuatkan anjing tersebut cuba melawan juga.
Lebih baik, kekal tenang, dan gunakan posisi badan yang tegak untuk menyatakan anda berkuasa.
Suara Lembut
Gunakan suara dalaman, untuk menyampaikan suasana yang tenang, dan elakkan sama sekali gunakan suara nyaring, atau jeritan.
Ini juga akan menyebabkan naluri untuk melawan bagi anjing tersebut akan terangsang.
Sembur Air
Ini boleh digunakan jika anjing tersebut betul-betul agresif, cuba semburkan sedikit air pada mereka.
Anda juga boleh menggunakan ‘cokmar’, mungkin seperti agak keterlaluan, tetapi ia tidak menyakitkan anjing tersebut, hanya untuk mengajar untuk tidak terlalu agresif.
Jika anjing tersebut masih mengejar, atau mengekori anda semasa sedang berlari, cari laluan lain, dan buat laporan kepada agensi yang berkaitan.
Jika Diserang
Jatuhkan badan anda pada permukaan tanah. Menurut pakar, jika anjing menyerang anda, cuba untuk tutup kepala anda, dan buat kedudukan seperti ‘bola’.
Pastikan anjing tersebut tidak dapat akses terhadap kawasan tisu lembut seperti kerongkong, muka, dan perut anda.
Seterusnya, mula menjerit sekuat hati, pastikan jeritan anda akan merangsang orang untuk terus bertindak, seperti, “Tolong..tolong..” atau “Kebakaran”.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jangan pula lepas ini cuba cari anjing nak try tips di atas. Ini kalau emergency sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat gangguan sistem check-in yang tergendala di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 & KLIA 2) sejak Rabu lalu, hari ini keadaan dilaporkan semakin stabil disebabkan tindakan pantas pihak Malaysia Airports.
Gangguan yang dianggap sebagai ‘bencana’ oleh mana-mana pihak pengurusan lapangan terbang itu telah mengganggu sistem operasi KLIA.
Semuanya perlu dilakukan secara manual dalam tempoh 2 hari lepas lalu menyebabkan lapangan terbang sesak dengan orang ramai yang beratur di kaunter check in.
Bukan itu saja, antara yang terjejas adalah sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan dan sistem kendali bagi bagasi.
So just imagine, betapa ramai yang terkandas. Malah, orang ramai juga terpaksa ke KLIA 4 jam sebelum penerbangan untuk menguruskan diri.
Namun menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, semua sistem penting kini berjalan lancar. Pihak Malaysia Airports juga masih memantau kestabilan sistem.
Antara yang banyak membantu adalah Duta Airport CARE yang bekerja keras bagi memastikan keselesaan bakal penumpang. Mereka didapati mengedarkan roti, minuman teh dan kopi dari jam 6.40 pagi hingga 9.00 pagi tadi.
Terima kasih!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah hampir sebulan pemergian isteri tercinta, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura masih merasai kehilangan yang mendalam, terutamanya apabila mengenangkan hidangan masakan arwah...