Pencarian Dewi Remaja sentiasa dinanti-nantikan dan pada tahun 2022, ramai mencuba nasib mereka menerusi uji bakat Mac lalu sehinggalah episod mula ditayangkan di saluran Astro Ria serta aplikasi Astro Go.
Cuma yang tidak sedapnya apabila para finalis baru-baru ini telah menjadi mangsa kecaman di media sosial Majalah Remaja. Kesemua warga maya mempunyai pandangan sendiri namun hampir kesemuanya bersifat kritikan di mana sebahagian warga maya mempersoalkan kecantikan para finalis.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kecam Sebab Balik Rumah Kena Jumpa Jennifer Londeh..” Caprice Komen Isu Kecantikan Dewi Remaja 2022
Justeru, REMAJA telah berhubung dengan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagi mendapatkan pendapatnya mengenai perkara ini.
Sebagai seseorang yang pernah menempatkan diri dalam pencarian Dewi Remaja dan tidak terlepas daripada menjadi bahan kecaman masyarakat di Malaysia, Shaza berkata perkara tersebut telah menjadi lumrah dan malangnya menjadi ‘nanah’ dalam masyarakat kita.
“Dunia media sosial sekarang membuka ruang untuk sesiapa sahaja mengkritik sesuka hati. Tentunya ‘tukang kritik’ akan merasakan mereka sentiasa betul.
“Sebagai orang baru, ambil ini sebagai titik permulaan sebelum terjun ke dunia hiburan. Jangan jadikan ia satu alasan atau halangan untuk mengecapi impian.
”Jika impian anda sememangnya untuk bergelar Dewi Remaja dan anak seni, perkukuhkanlah niat itu dengan usaha, keinginan dan hati yang terbuka untuk belajar selok-belok dunia penuh pancaroba ini.”
“Sekali kagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Perjuangan sebenar bukan dalam program Dewi Remaja tetapi di dunia luar nanti,” kata Shaza.
Tambah Shaza, dia sendiri pernah menjadi mangsa body shaming dan face shaming sebelum ini.
“Ada yang menggelar saya sebagai Dewi Remaja paling buruk dalam sejarah ketika saya dinobatkan sebagai juara. Tipulah kata kalau saya tidak sedih pada waktu itu tetapi saya cuba berfikiran positif tanpa melatah. Belajar dan cuba jadi lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Saya mula memberi lebih penekanan pada penjagaan badan, pertuturan, pergaulan dan sentiasa berfikiran positif.”
“Pada saya, kalau orang nak body shaming kita, kita maafkan sahaja tapi kita perlu buktikan kita lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Üntuk adik-adik Dewi Remaja 2022, anggap sahaja netizen sentiasa betul. Kalau muka cantik sahaja yang jadi keutamaan, nanti ada pula suara-suara mempertikaikan bakat. Mereka akan cakap muka saja cantik tapi bakat tiada. Jadi, kita memang tidak boleh ‘menang’ dengan mereka.
“To all my girls; boost your energy,
kreativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Be better dan lebih baik dari sebelumnya,” akhiri hos HLive ini.Untuk pembaca REMAJA, jangan lupa saksikan rancangan realiti DEWI REMAJA 2022 setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di Astro Ria. Untuk update terkini jangan lupa follow our digital platform!
BACA : “Hampir 2023 Pun, Hentikan Negativiti..” Shatirah Amanda Berang Malaysia Masih Stereotaip ‘Cantik’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.