Juara Pencarian Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini mula mengorak langkahnya di dalam industri seni tanah air dengan cukup baik. Penampilan pertamanya sebagai pelakon menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’ yang ditayangkan di Astro Ria mula mencuri perhatian peminat-peminat drama tempatan.
Remaja berkesempatan mnecuri sedikit masa Alif yang semakin hari semakin padat jadual hariannya untuk ditemu bual. Dan seperti biasa panggilan telefon penulis disambut dengan penuh keceriaan.
Itulah Alif Muhaimin bakat muda yang cukup merendah diri, ceria dan kadangkala boleh tahan ‘masuk air’ juga telatah kelakarnya. Siapa sangka dalam tempoh tidak sampai setahun selepas bergelar juara Hero Remaja, dia kini bergelar sebagai pelakon.
Menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’, Alif memegang watak sebagai Hayuzi yang merupakan adik kepada pelakon utama iaitu Syafiq Kyle (Hazran). Drama yang kini memasuki minggu terakhirnya dengan durasi sebanyak 16 buah episod merupakan karya arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movie.
Pengalaman pertama membintangi drama oleh Alif merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya.
Ads
“Sebelum mula penggabaran saya expect berlakon hanya perlu hafal skrip dan baca. Rupanya ia jauh berbeza dengan expectation saya. Lakonan bukanlah satu perkara semudah itu. Banyak perkara baru yang saya kena belajar. Contohnya bagaimana nak zahirkan emosi dan ekspresi wajah yang betul, keserasian dengan pelakon-pelakon lain dan paling penting kena sabar dengan proses penggambaran yang selalunya ambil masa lama,” jelas Alif yang kini bergelar sebagai pelakon di bawah syarikat Rocketfuel Entertaiment.
Pada minggu pertama di lokasi merupakan tempoh cukup mencabar baginya. Apa tidaknya kerana pada waktu itu juga dia berdepan dengan peperiksaan akhir semester di universiti. Dia yang kini masih belajar dalam jurusan Ijazah sarjanan Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA.
Ads
Alif Muhaimin bersama salah seorang pelakon utama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’, Zahirah Macwilson
Selain itu, sebagai pelakon baru juga Alif juga disakat oleh krew-krew penggambaran. “Kadangkala saya disuruh untuk keluar membeli cendol. Kadang-kadang kena keluar pergi beli air. Tapi mengikut senior saya, Syafiq Kyle benda itu perkara normal untuk pelakon baru seperti saya. Walaupun rasa macam kena buli tapi sebenarnya itu adalah cara bagaimana mereka ingin melatih pelakon baru macam saya untuk lebih berdisiplin. Bila dah habis shooting saya memang jadi rapat dengan mereka,” tambah Alif lagi.
Peluang berlakon dengan Syafiq Kyle yang juga merupakan bekas peserta Hero Remaja digunakan sebaiknya oleh Alif. Menurutnya, Syafiq Kyle merupakan senior yang tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tips bagaimana untuk menjadi pelakon lebih baik. Dia juga sering memberikan galakan dan dorongan.
Penerimaan peminat drama ini terhadap Alif juga agak baik. Tetapi biasalah pasti akan ada kritikan sama ada yang membina atau tidak. Jelas Alif, ada juga peminat yang menghantar mesej menerusi direct message di Instagram dan memberikan komen tentang lakonannya. Dan ia merupakan satu interaksi yang sangat dihargai oleh Alif sendiri.
Remaja berasa cukup gembira dan bangga melihat Hero Remaja kami mula melebarkan sayapnya di dalam dunia seni lakonan. Semoga Alif akan terus berjaya di masa akan datang!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kejayaan drama fenomena Melur Untuk Firdaus, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen kini telah dipilih menjadi antara Lelaki Paling Kacak 2022 oleh TC Candler.
TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini merupakan tuah buat finalis Hero dan Dewi Remaja apabila Meerqeen dan Anna Jobling yang juga turut tersenarai sebaris dengan selebriti-selebriti luar negara.
Meerqeen turut bersaing dengan selebriti lelaki yang lain termasuklah Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi. Di ruangan komen, peminat Meerqeen tidak ketinggalan menunjukkan sokongan untuk mengundi selebriti itu.
Sebelum ini Meerqeen dan Anna Jobling digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus dan tidak disangka-sangka gandingan mereka mendapat perhatian ramai sehingga jumlah pengikut selebriti ini di laman instagram melonjak naik. Bahkan, kedua-dua mereka juga terkenal dikalangan peminat di Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 sudah pun bermula. Berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4 petang nanti.
Dalam beratus peserta yang hadir, perhatian kami tertumpu kepada seorang pemuda yang merupakan kembar kepada Naib Juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
Farees Asri turut hadir mencuba nasib ke sesi uji bakat hari ini kerana dia menganggap bahawa Hero Remaja merupakan satu platform untuknya kerana Farees mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk menjadi ikon kepada para remaja.
“Saya rasa Hero Remaja boleh menjadi platform terbesar untuk saya menjadi seorang anak seni dalam industri hiburan tanah air,”
“Dalam bilik juri tadi, saya juga tidak sangka bahawa mereka akan bertanyakan soalan tentang pengetahuan am juga. Selain itu, saya juga perlu menunjukkan bakat ‘catwalk’ di hadapan juri tadi,” jelas Farees.
Tidak mahu dibayangi oleh Farhan Asri, Farees yakin mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak perlu untuk membandingkan dia dan abang kembarnya, Farhan.
“Sebenarnya saya berbeza dengan abang kembar saya. Saya mempunyai kelebihan yang tersendiri, manakala Farhan juga mempunyai kelebihan dia sendiri,” tambahnya lagi.
Syabas kami ucapkan kepada Farees Asri kerana berani untuk ke hadapan dan mencuba nasib di sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
Bagi korang yang tak sempat nak datang hari ini, esok kami masih lagi meneruskan pencarian di lokasi dan waktu yang sama.
Jumpa esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Nadhir Nasar, 23, atas kejayaan merangkul gelaran Hero Remaja 2020! Setelah berakhirnya episod finale sebentar tadi, Nadhir berjaya untuk menidakkan peluang empat orang finalis lain yang bertanding di pentas akhir tadi dalam suasana yang cukup sengit.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada peserta dari Negeri Johor, Umar Hisham manakala Meerqeen, 19 berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.
Perasaan Nadhir……
” Perassan Nadhir happy,teruja dan tak sangka menang malam ini, tapi rezeki tak pernah salah alamat. Kelima-lama memang pesaing saya yang hebat, tapi kami bersaing secara sihat. Tapi rezeki Nadhir, saya menang Hero Remaja malam ini.
Pada awalnya apabila menyertai ujibakat Hero Remaja 2020, tipulah kalau saya katakan saya tidak mahu menang. Namun setelah bersama dengan pihak produksi melakukan cabaran, terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti & penggambaran, duduk sebumbung pula dengan 11 lagi orang finalis lain, pandangan saya terhadap pencarian itu telah berubah.
Kepada semua juri, krew dan semua yang terlibat saya ucapkan berbanyak terima kasih atas semua pertolongan anda kepada Nadhir. ”
Ditanya mengenai perancangan selepas memenangi Hero Remaja 2020
“Sudah tentu Nadhir akan kembangkan bakat dalam industri seni dengan sebaiknya. InsyaAllah”.
Walaupun acara finale dilangsungkan dengan kawalan ketat terhadap Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung penuh meriah.
Hanya seramai 50 orang penonton dibenarkan untuk menyaksikan siaran secara langsung di studio dan ia terdiri daripada penaja utama Hero Remaja 2020 iaitu NIVEA Men, pihak pengurusan dan para selebriti yang terdiri daripada alumni pencarian Hero Remaja terdahulu dan pencarian Dewi Remaja 2019.
Apa pun tahniah REMAJA ucapkan buat semua Hero Remaja 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...