Kejadian mengejutkan pada 25 September 2021 (Sabtu) lalu membabitkan pelumba remaja Sepanyol, Dean Berta Vinales yang maut selepas terlibat dalam insiden perlumbaan kelas WorldSSP300 masih berlegar dalam minda ramai pihak. Lebih mendukacitakan apabila ia berlaku di negara kelahirannya.
Pada usia semuda 15 tahun, Dean Berta yang juga merupakan saudara kepada pelumba MotoGP terkenal, Maverick Vinales maut di litar Jerez, Sepanyol setelah dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian dada dan kepala. Setelah insiden yang membabitkan beberapa pelumba lain itu berlaku, kenderaan perubatan terus memasuki litar untuk membawanya ke pusat perubatan dalam kawasan litar.
Malangnya, Dean Berta disahkan meninggal dunia.
Ads
Ia nyata telah memberi impak kepada emosi ramai pelumba dan penganjur sukan permotoran di seluruh dunia. Sebagai contoh, perlumbaan ke-10 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sehari selepas kejadian telah dibatalkan untuk memberi penghormatan kepada Dean Berta.
Bukan itu saja, juara dunia dari Ireland Utara iaitu Jonathan Rea juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada ahli keluarga serta kenalan rapat mendiang. Bagi Rea, sukar untuknya dan para pelumba lain untuk bersaing pada hari Ahad lalu selepas tragedi tersebut.
Ads
“Adalah mustahil untuk saya anggap perlumbaan selepas ini akan menjadi mudah setelah apa yang berlaku (pada hari Sabtu lepas), dan sukar untuk (saya) berdiri di garisan permulaan (Ahad lalu) semasa kami berikan penghormatan kepada Dean.
“Tapi kami akan terus fokus pada tugasan (sebagai pelumba) dan cuma melakukan yang terbaik selepas ini. Ingatan ikhlas saya kepada keluarga dan rakannya sekarang. Juga kepada pasukannya agar mereka terus kuat semasa waktu yang sukar ini,” kata juara dunia berusia 34 tahun itu.
Untuk pengetahuan, mendiang Dean Berta Vinales merupakan pelumba remaja sensasi yang berpotensi untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang dalam dunia sukan permotoran.
Ads
*
Kejadian ini sekaligus menjadi kejadian maut kedua yang berlaku dalam masa beberapa bulan selepas insiden yang menimpa pelumba Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier pada bulan Mei lalu.
Keselamatan kanak-kanak dan remaja bawah umur sentiasa menjadi kerisauan utama para ibu bapa. Apatah lagi sejak kebelakangan ini ada saja kita dengar tentang kes jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak dilaporkan hampir setiap hari.
Sebuah apps terbaharu khusus buat ibu bapa menjejak anak-anak mereka menerusi telefon pintar telah dilancarkan pada hari ini. TraqKid yang dibangunkan oleh Knightbright Resources Sdn. Bhd. dan U Mobile Sdn. Bhd., merupakan sistem yang bertindak sebagai alar penjejak kanak-kanak berasaskan telefon pintar pertama di Malaysia.
Dengan menggunakan sistem ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif dari semasa ke semasa. Ia juga menbolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia.
Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasakan SIM. Pada majlis pelancaran dan tandatangan perjanjkan, Pengerusi Knightbrigde Resources dan Pengasas/CEO Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng berkata teknologi TraqKid membantu ibu bapa dalam situasi kecemasan dengan hanya menekan butang si telefon. Apabila amaran diaktifkan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia segera bergegas ke lokasi.
Bagi Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee pula melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dalam projek yang diyakini mampu membanteras jenayah terhadap kanak-kanak.
Majlis pelancaran yang berlangsung hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim, juga bertindak sebagai penaung TraqKid.
“Kanak-kanak merupakan aset penting serta pewaris untuk pembangunan negara untuk terus maju di masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan melindungi mereka,” jelasnya.
TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai hari ini, 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Untuk pendaftaran yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kematian yang begitu dicemburukan. Kisah pelajar tahun tiga Kursus Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar ini, Fatihatun Nahdliyah berasal dari Indonesia ini sememangnya amat bertuah.
Arwah dilanggar sebuah trak yang mengundur tanpa menyedari dirinya di belakang pada Rabu lalu ketika dalam perjalanan menuntut ilmu sebelum dirinya dengan kecederaan parah telah dibawa ke rumah sakit. Namun Allah sangat menyayanginya dan pada hari Jumaat yang mulia, arwah meninggal dunia.
Apa yang membuatkan darjat dirinya begitu tinggi oleh Allah taala, solat jenazahnya diiringi ribuan orang di Masjid Al-Azhar selepas selesai solat Jumaat dan diimamkan sendiri oleh ulama imam masjid berkenaan dan selepas selesai solat, orang ramai berebut-rebut mahu mengangkat kerandanya.
Difahamkan ketika kejadian, arwah sedang dalam perjalanan ke Masjid Al-Asyraf dan iftar (berbuka puasa) kerana beliau ingin menghidupkan malam-malam Ramadan dengan terawih, majlis ilmu dan juga Qiyamullail bersama dengan Syeikh Yusri Hafizahullah.
Menurut Kedutaan Indonesia di Cairo, jenazahnya telah diimamkan oleh Imam Masjid Al-Azhar di masjid berusia 1079 tahun itu. Malah di laman FB Universiti Al-Azhar, pihak Universiti dibawah pimpinan Dr. Muhammad Mahrasawi menyampaikan belasungkawa sedalam-dalamnya atas kemalangan dan kematian yang berlaku kepada Almarhumah Fatihatun Nahdliyyah dan menyebutnya sebagai “Syahidatul Ilmi” yang meninggal dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadan yang penuh keampunan. Sumber : Hidayatullah.com
Sementara itu bapanya, Ali Rohmat yang ditemui pemberita di Indonesia di mana jenazahnya dijangka sampai hari ini dari Cairo sebelum dibawa ke kampung halamannya esok berkata, dia pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Malah kedutaan Indonesia yang memasang peguam atas kes berkenaan di mana bapanya memaklumkan, dia tidak memikirkan hal tersebut dan berharap tiada kos dikenakan untuk membawa balik jenazah anak perempuannnya itu.
Kisah ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna fb atas nama Muhammad Amiruddin yang menuntut di Universiti Al-Azhar.
KEMATIAN YANG DICEMBURUI
SYAHIDAH YANG SEBENAR
إنا لله وإنا إليه راجعون..
Nama beliau Fatihatun Nahdliyah, berasal dari Indonesia dan merupakan mahasiswi tahun 3 Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar. Seorang yang berperwatakan cukup sederhana dan biasa. Rajin membantu sahabat-sahabat dikala susah, kurang terkenal dan sedikit pendiam.
Dikhabarkan dari Sahabat Indonesia :
Seperti hari-hari biasa. Setiap petangnya, beliau selalu pergi ke Masjid Al-Asyraf dan ifthor (berbuka puasa) disana, kerana beliau ingin menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan terawih, majlis ilmu dan juga Qiyamullail bersama dengan Syeikh Yusri Hafizahullah.
Masjid yang cukup terkenal di kalangan para penuntut ilmu kerana sering diadakan majlis-majlis ilmu pada setiap petang dan malamnya ditambah lagi pada bulan Ramadhan yang padat dengan pelbagai majlis.
Namun Allah lebih menyayanginya. Pada petang hari Rabu kelmarin, sewaktu beliau dalam perjalanan hendak pergi ke Masjid Al-Asyraf, beliau telah dilanggar oleh sebuah trak besar lantas meninggal dunia ditempat kejadian.
Benar janji Allah, bagi mereka yang punya hati yang ikhlas dalam beribadah dan menuntut ilmu, bila tiba kematiannya, allah akan memuliakannya.
Dan hari ini menjadi saksi, sungguh ramai yang mendoakanmu, hatta dari orang-orang Mesir sendiri, jenazahmu juga disolatkan oleh ribuan orang setelah selesai solat jumaat tadi dari orang-orang soleh dari segenap penjuru dunia di kalangan penuntut ilmu, jenazahmu juga disolatkan di Masjid Al-Azhar dan diimamkan oleh kibar Ulama dari masyaikh-masyaikh Al-Azhar. Sungguh bertuahnya engkau dan sungguh aku mencemburuinya.
Nyawamu dijemput Illahi pada bulan yang Mulia, meninggal dunia pada malam ke 11 Ramadhan yang mana masuk fasa kedua di bulan ramadhan iaitu fasa pengampunan, sepertimana hadis Nabi Saw : “Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya itqum minan nar (Pembebasan dari Api Neraka)”
Engkau juga dijemput Illahi dalam keadaan dirimu sedang berpuasa, dalam keadaan langkah kakimu ingin pergi ke tempat yang mulia iaitu Masjid, dalam keadaan niat ikhlasmu untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan, dalam keadaan dirimu sebagai seorang penuntut ilmu dan dikira sebagai seorang yang berjihad sehingga pulang ke kampung asalmu. AllahuAkhbar, Insya Allah kematianmu Khusnul Khotimah dan Syurga Sebagai pengganti.
Moga-moga jadi iktibar kepada kita yang masih hidup, beramal lah dalam keadaan niat hati yang ikhlas, walau sekecil-sekecil amalan, namun jika disertai dengan hati yang ikhlas Lillahi Taala, ganjarannya lebih besar dibanding dengan amalan yang besar tapi tidak disertai dengan hati yang ikhlas.
Siapa tahu, dengan amalan yang kecil itu menjadi asbab kita masuk ke syurga disebabkan Allah redha kepada kita. Seperti kisah lmam Al-Ghazali, sewaktu beliau menulis kitab, datang seekor lalat yang nampak kehausan, lalu meminum tinta lmam Al-Ghazali, melihat hal itu, lmam Al-Ghazali sengaja membiarkan lalat itu meminumnya sehingga selesai.
Setelah kewafatan Imam Al-Ghazali, telah bermimpi sahabat karib dari Imam Al-Ghazali yang juga merupakan seorang ulama. Maka dalam mimpi tersebut, kawan karib itu bertanya. Wahai Imam. Bagaimana keadaanmu sekarang? Jawab Imam Al-Ghazali, Allah telah menempatkan aku di tempat yang paling tinggi, maka kawan karib itu bertanya, adakah disebabkan kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang engkau tulis??
Maka jawab Imam Al-Ghazali, tidak!! Allah menempatkan aku ditempat yang paling tinggi disebabkan aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan.. AllahuRabbi..
Ulama juga berkata : Hati yang ikhlas ini, umpama seekor semut yang hitam, diatas batu yang hitam, dan dimalam gelap gelita. Kita sendiri pun tidak tahu, adakah kita beramal selama ini disebabkan Manusia? Adakah kita beramal selama ini disebabkan perintah Allah semata-mata? atau kita beramal kerana ikhlas Lillahi Taala? Perbetulkan niat semula.
اللهم اغفر لها ورحمها..
اللهم أنر قبرها وجعله روضة من رياض الجنة..
ولا تجعله حفرة من حفر النار..
اللهم اغسلها بالماء والثلج والبرد..
اللهم نقها من الذنوب والخطايا كما ينقي الثوب الأبيض
من الدنس.. آميين يا رب العزة جل وعل..
~Kematian yang menghidupkan. Semoga menjadi ikhtibar buat kita semua. Selamat jalan Saudari, sungguh ramai yang mencemburui akan akhir dari kehidupanmu. Yang pasti gelar ‘Syahidah’ itu sungguh layak bagi dirimu sesuai dengan keikhlasan hatimu.
كفى بالموت واعظا
Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat.
Pereka fesyen koleksi lelaki Malaysia yang semakin meningkat, Eddy Mohaizz dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Allahyarham difahamkan berdepan dengan komplikasi kesihatan semasa menjalani pembedahan pada pagi tadi dan disahkan meninggal dunia sekitar waktu Zuhur, hari ini.
Eddy memulakan karier terlebih dahulu bersama rangkaian Media Prima sebelum bergiat lebih aktif sebagai seorang pereka fesyen yang menumpukan kepada koleksi lelaki.
Satu ketika dahulu pada tahun 2017, koleksi seluar batiknya yang menampilkan dua orang model lelaki dan seorang kanak-kanak pernah mencetuskan perbualan di kalangan netizen. Namun, Allahyarham sedikitpun tidak terkesan dengan kata-kata tersebut dan meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Tahun 2020 dilihat umpama tahun yang menaikkan jenama Eddy Mohaizz apabila rekaannya semakin digemari oleh para selebriti tempatan, terutamanya untuk program televisyen.
Antaranya termasuklah rekaan malam finale pencarian Hero Remaja 2020 pada Julai lalu, program realiti Big Stage 2020 dan juga program Gegar Vaganza yang kini sedang berlangsung di saluran Astro Ria.
Salah satu rekaannya yang masih diingati ramai adalah imej comeback pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan sut biru langit – putih yang dikaitkan dengan imej grup K-pop.
Menurut sumber terdekat yang bekerja rapat dengan Eddy dalam setiap program berkenaan, Eddy merupakan seorang yang amat baik hati, mudah bekerja dan sukar sekali untuk mengatakan tidak sekiranya mereka ingin bekerjasama.
REMAJA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Eddy Mohaizz.
Semoga roh arwah dicucuri dengan rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BTS, Jungkook baru-baru ini memberi peringatan tegas kepada peminat ‘sasaeng’ agar menjauhi rumahnya yang terletak di Itaewon, Seoul, Korea...