Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mencipta sejarah tersendiri apabila bangkit tewas set pertama untuk menjuarai Kejuaraan Badminton Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Ahad.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga juara Terbuka Jepun Super 750 diletakkan sebagai pilihan ketujuh memerlukan 58 minit untuk mengakhiri cabaran wakil tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 13-21, 21-12, 21-17.
Kejayaan beregu ranking ke-12 dunia di Kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 itu juga membolehkan mereka mengulangi pencapaian legenda adik-beradik Datuk Seri Jalani-Datuk Razif Sidek muncul pasangan beregu lelaki negara terakhir menjuarai Terbuka China pada 1989.
Kedua pemain yang kini berusia 27 tahun, Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 pada aksi separuh akhir.
Ads
Sementara itu, Ji Ting-Xiang Yu pilihan kelima mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan satu lagi gandingan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-11.
Ads
Kejayaan menjuarai kejuaraan Super 1000 itu membolehkan Sze Fei-Izzuddin membawa pulang AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu pula meraih AS$70,000 (RM294,360).
Ads
Kecemerlangan itu juga membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul beregu lelaki negara kedua mengungguli Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan legenda adik beradik Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada 1989.
Sebelumnya, pada hujung bulan lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan menerima permohonan Sze Fei-Nur Izzuddin untuk bergerak secara profesional bermula 1 September.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza. Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?
Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.
1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)
Kredit foto: Instagram Linda Onn
2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)
Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid
3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)
Kredit foto: Instagram Yatt Hamzah
5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)
Kredit foto: Instagram Izzue Islam
6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)
Kredit foto: Instagram Ella
7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)
Kredit foto: Instagram Linda Jasmin
8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)
Tahniah juga kami ucapkan buat pasangan pengantin baru of the year ini, Priyanka Chopra dan Nick Jonas.
Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anugerah MeleTOP ERA 2020 sedang hangat berlangsung as . we . speak!
Selain daripada persembahan menarik dan perasaan berdebar menantikan siapakah yang akan membawa pulang kategori utama Top Top MeleTOP pada malam ini, seperti biasa REMAJA tertarik melihat gaya yang pelbagai daripada para selebriti yang hadir di karpet merah AME 2020.
Ini merupakan 10 gaya yang pada hemat kami merupakan antara yang paling mencuri tumpuan dan tentunya epik, selari dengan tema AME 2020 kali ini.
Tidak nafikan sejak dahulu lagi, rancangan pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja adalah sebuah platform buat yang bergelar remaja di luar sana untuk mengasah lagi bakat sedia ada mereka.
Ramai juga selebriti yang dilihat telah mendunia pada masa ini yang datangnya dari program tersebut. Antaranya seperti alumni terkenal, Noor Neelofa. Izara Aishah, Scha Al-Yahya, Anna Jobling, Meerqeen, Nadir Nasar dan ramai lagi.
Kini, sudah tiba masanya buat bakat baharu yang bergelar finalis Hero Dewi Remaja 2023 untuk mewarnai industri seni tempatan pula.
Bagi dua finalis kacak dan cantik jelita ini, edisi pada kali ini bagaikan selangkah buat mereka dalam menceburi bidang lakonan yang diimpikan selama ini.
Sebagai salah seorang graduan dalam bidang teater, di sini adalah titik permulaan bagi pemilik nama Azri Safix dan Nurel dalam mengejar cita-cita mereka untuk mewarnai layar skrin tempatan, pada suatu masa nanti.
NUREL
Nurelyana Bahrin, sejak kecil lagi dirinya sudah bergiat aktif dalam bidang lakonan dan tarian.
Sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahan, anak jati bumi kenyalang, Sarawak yang lebih disapa sebagai Nurel ini telah menyambung pelajaran dalam jurusan Diploma Teater di UiTM Puncak Perdana.
Sedar minatnya dengan bidang lakonan bagaikan isi dengan kuku, kini dia menyambung pula pelajaran dalam Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di universiti yang sama.
Baru berusia 21 tahun, pastinya ada impian yang ingin digapai olehnya terutama dalam bidang yang diminatinya sejak kecil ini.
“Saya seorang yang happy go lucky. Saya boleh ‘masuk’ dengan semua yang berada di sekeliling saya.
“Saya berasa sangat gembira dan teruja kerana inilah yang saya impikan sejak dahulu lagi. Sebelum ini saya ingin cuba uji bakat Dewi Remaja, tetapi disebabkan saya masih belajar jadi saya tidak mencuba pada ketika itu.
“Harapan saya pastinya ingin menjadi seorang anak seni, InsyaAllah. Selain itu, saya ingin tunjuk kepada semua apa yang saya ada,” katanya kepada Remaja
AZRI SAFIX
Buat pemilik nama penuh Azri Safix Mohd Razal ini pula, saat pertama kali penulis bertemu empat mata bersama finalis hero ini, bagaikan sudah mengerti apa yang ingin dicapainya sebaik sahaja tamatnya Hero Dewi Remaja 2023.
Bekas penuntut Diploma Teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), penulis juga yakin lakonan adalah ‘makanan’ buat pemuda berusia 22 tahun ini dalam memenuhi challenge berkaitan lakonan.
Ia kerana, Azri memaklumkan dia seorang yang mudah menjiwai watak sejak kecil dan gemar mengkaji penghayatan apabila menonton filem.
“Hasrat terbesar yang saya mahu capai selepas program realiti ini adalah ingin menjadi seorang pelakon antagonis yang hebat.
“Dalam Hero Dewi Remaja 2023 ini, saya ingin buktikan kepada orang ramai bahawa saya boleh lakukan sehingga dapat yang saya mahukan. Yang tidak percaya itu, anda tengoklah saya berada di mana sekarang ini,” tuturnya ketika ditemu bual.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...