Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Betul Ke Ruhainies, Puteri Aishah, & Julia Farhana Berbau Semacam? Mungkin Sebab…
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Julia Farhana