Kecoh di media sosial apabila seorang instafamous, Aisar Khaled menyiarkan video eksperimen 1000 babi air yang melibatkan dua orang rakannya, Asad Motawh dan syasyarushdiena. Video yang telah dilancarkan pada dua hari lalu menerima kecaman hebat daripada netizen kerana menyifatkan ia adalah satu pembaziran.
Walau bagaimanapun, Aisar telah memohon maaf dan berjanji untuk lebih berjaga-jaga dalam memilih content selepas ini.
Video Experiment 1000 Babi Air ini telah menerima 32 ribu dislikes, berbanding hanya 10 ribu Likes.
Aisar juga turut memuat naik video permohonan maaf di laman Instagram sebentar tadi. Anak muda ini mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati serta berfikir baik-buruk sebelum menyiarkan sesuatu content
itu.Nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Diharap selepas ini Aisar lebih sensitif untuk memilih content videonya di YouTube.
Sumber: Aisar Khaled