Jumlah Pelancong Terus Merosot, 23 Agensi Pelancongan Di Pulau Langkawi Gulung Tikar

Share

Pulau Langkawi merupakan antara tempat pelancongan yang digemari oleh masyarakat Malaysia, selain menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.

Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, suasana lengang dibeberapa tempat tumpuan pelancongan jelas kelihatan dan Langkawi tidak terkecuali.

Selain daripada hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup bagi individu dewasa yang sudah bekerja, kira-kira sebanyak 23 agensi pelancongan di Pulau Langkawi menerima tempias apabila terpaksa menutup operasi dengan tidak memperbaharui lesen pengendali pelancongan mereka susulan industri tersebut semakin suram berikutan pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, tindakan kerajaan menguatkuasakan larangan rentas ne­geri sejak Januari lalu lalu turut meng­akibatkan kehadiran pelancong merosot dan agensi pelancongan terbabit mengalami kerugian.

Malah, katanya, industri pelancongan di pulau peranginan ini lebih tenat selepas pelaksanaan PKP di lima daerah di negeri ini yang berkuasa sejak 1 Mei lalu.

“Sepanjang tempoh larangan rentas negeri berkuat kuasa, sebahagian besar pelancong di pulau ini merupakan penduduk di negeri ini sahaja.

“Namun, jumlah pelancong terus merosot selepas lima daerah di negeri ini pula dikenakan perintah PKP,” katanya ketika dihubungi.

Lima daerah terlibat dengan PKP itu ialah Alor Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.

Banyak sebenarnya tempat-tempat pelancongan di Malaysia yang terjejas disebabkan PKP dan pandemik Covid-19 ini. Disebabkan situasi pandemik ini, sudah tentu sektor pelancongan  terjejas dan kita pun rindu nak cuti-cuti Malaysia kan?

Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 segera pulih dan diharap agar sektor industri pelancongan diseluruh dunia kembali meriah seperti dahulu.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

Published by
Nana